Jumaat, Mei 29, 2009

lemau

pagi ini entah kenapa aku berasa macam loya. ini mesti pasal kueyteow sup tak sedap malam tadi. ish, ada pula kueyteow dikawankan dengan sup. mujur ada ayam sebagai penyejuk hati. kepala pula ada rasa-rasa macam mau demam. mata macam pedih-pedih.

semalam dengarnya klien akan hantar maklumat serta gambar-gambar untuk dimuatkan dalam newsletter. sampai petang aku tunggu tiada khabar berita langsung. kalau tidak, hari ini aku boleh bercuti sekejap dari memblog, kerana tekun bekerja menyiapkan newsletter itu. tapi hari ini juga tiada bayang benda yang dijanjikan itu. lalu aku terpaksa berblog.

kalau petang ini baru dapat, nampaknya sabtu dan ahad terpaksalah aku menghabiskan masa berkualiti di pejabat.

10 ulasan:

  1. ko rajin betul beblog.. semoga blogspot menaikan gaji ko tahun ni..

    BalasPadam
  2. Pergi periksa kat spital cepat. Kut denggike,campakke atau H1N1 (tapi mintak dijauhkan semua penyakit nii...amin.

    BalasPadam
  3. Xpuasati: xpuasati nampak....ahaha!!!

    ubaidah: denggi??? arkkk!!! dah kene skali..tamau kene lagi.....

    BalasPadam
  4. halu..

    keje apa skrg? ingtkna student..haha

    BalasPadam
  5. heh? student?

    pereka grafik yg bergaji kecil....

    BalasPadam
  6. tak apa gaji kecil kerja jugak. Yang paling aku benci orang yang tidak bekerja. Terutama lelaki....terperap kat rumah...duit minyak motor pun harapkan mak bapak...lagi.

    BalasPadam
  7. mono kau demam lagike? hari ni dah senin kau masih jumaat lagi.Engko tidur kat pejabat ke?

    BalasPadam
  8. ahaha!! tambah2 yg dah keje, tp leh mintak topup isi dompet kt mak bapak juga...hish!

    bukan demam la ubaidah...takde story....hari ni plak modem internet opis rosak...skali klien lak dtg opis..kene la puaskan nafsu dia plak.....aku tak tdo kt opis pon...

    BalasPadam
  9. salam~ tompang baca ya, x mintak izin rasa mcm x selesa lak. Aku minat design gak...

    BalasPadam