Khamis, Mei 28, 2009

bos kembali ke ofis dengan cerita tragis

"jack, you tahu? tadi i tengok kemalangan ngeri di depan MLF," bos memula bicara sebaik melihat aku yang sedang berpura-pura sibuk. hati mula berbisik, "ish, orang tua ni. ni ada nak kenakan aku la tu." aku segera memaling muka ke arah bos. "eksiden apa? benda apa yang berlanggar? kan ke sempit depan MLF tu?" aku bertanya bertubi-tubi. "ini...ada mak budak tu, entah apa dalam kepala dia, reverse kereta, anak dia yang umur 3 tahun ada kat belakang kereta. terusss.......on the spot!" bos bercerita. aku tak tahulah bagaimana keadaan budak itu. yang pastinya, bos aku sendiri pon tak sanggup mau tengok, terus saja dia masuk ke pejabat MLF itu. kemudian, dia menyambung lagi, "ada seorang mamat tu, badan besar, lengan tatu-tatu, pengsan kat situ juga, tak larat mau tengok!" bos tergelak-tergelak. "habis tu mak budak tu macammana? histeria la?" aku bertanya lagi. "meraung-raunglah kat situ, lepas tu pengsan. i terus masuk MLF, nak buat apa pun dah tak boleh. tak sanggup nak tengok," terang bos.

"ish, macammana mak budak tu? takkan tak perasan anak dia tak masuk kereta lagi? kan sepatutnya dia masukkan anak dia dulu, baru dia masuk dan undur kereta?" aku pula membebel-bebel. aku terlupa hakikat bahawa...

"benda dah nak jadi. macam tu lah. semua tak dapat dijangka," jawab bos aku, tenang.

notakakiayam: ini kali kedua aku dengar budak umur 3 tahun kena gilis oleh kereta keluarga sendiri. semoga anak-anak aku dijauhkan dari tragedi begini.

5 ulasan:

  1. kang aku jumpe dia aku bongkar crite lagi..heehhe

    BalasPadam
  2. xyah bongkar dia terus bercerita dgn aksi2 lagi..ahaha

    BalasPadam
  3. heleh! ye la tu! ahahahahahah!!

    BalasPadam
  4. oh, rupanya mak budak tu tertekan gear reverse masa nak betulkan kedudukan kereta. antara sebab mengapa aku lebih menggemari kereta manual.

    BalasPadam