Jumaat, Mei 08, 2009

subjek baru untuk HP

petang semalam, aku mendapat panggilan dari pusat servis HP.

encik HP: selamat petang. ni cik zaihan ya?
aku: ya, saya.
encik HP: cik, saya dah periksa laptop cik ni. tapi nampaknya tak boleh buat apa-apa. kami dah cuba keluarkan mmc card tu, tapi sebab dia dah lock (encik HP cerita gambaran keadaan dalam slot kad reader yang dia ingat aku tak tau, mentang-mentanglah aku sengal sampai boleh sangkutkan mmc card dalam tu) bla bla bla....
aku: ya, saya tau tu. tapi sebenarnya kad tu termasuk secara tak sengaja, kemalangan kata orang. saya nak keluarkan, tapi tangan ni pengkau, lalu tertolak masuk lagi dalam dan terus tersangkut. (encik HP ketawa, entah ambil hati atau memang dia tak pernah jumpa kes sengal macam ni). habis tu, memang tak ada cara lainlah ni? kena biarkan saja? tak memudaratkankah nanti?
encik HP: tidak, ia takkan memudaratkan. cuma kalau nak keluarkan juga, takut nanti "shot" dan merosakkan motherboard. habis punah semua nanti. dah tiga orang cuba keluarkan (4 termasuk aku, eh 5 termasuk bapak aku). jadi, tak apa kalau dibiarkan pun. lagipun saya dah "on"kan tadi, semua berfungsi seperti biasa, usb port pon ok. cuma saya dah install balik driver untuk internet sebab butang signal tu asyik berkelip-kelip (ah, itu bukan hal besar, tapi tak apalah kalau kau dah betulkan, terima kasih!). jadi, cik boleh lah ambil laptop tu esok (hari ni) atau bila-bila.
aku: hurmm....baiklah kalau macam tu. terima kasih.

oh oh ramah pula encik HP ni. sebenarnya aku memang dah jangka kad tu memang tak boleh keluarkan, walaupun ada yang mengatakan kena buka semua bahagian laptop tu. pin-pin dalam tu pun dah tercabut (hasil tangan pengkau aku). cuma aku nak keluarkan, sebab, cubalah kau orang bayangkan, ada benda tersangkut dalam lubang hidung atau telinga, guli misalnya, tapi sebab tak boleh keluarkan, terpaksa biar saja dalam tu. ah, kan nanti menyebabkan ketidakselesaan pada laptop aku nanti?

jadi, HP a.k.a Hewlett Packard, sila masukkan kes saya ni dalam R & D supaya lain kali boleh bikin slot kad reader yang muat semua saiz kad memori. ya, saya memang sengal lagi bertangan pengkau, tapi ini merupakan satu idea supaya anda dapat menyelesaikan masalah-masalah sengal seperti ini supaya tak berlaku lagi, seperti menghadiahkan usb external card reader untuk setiap pembelian laptop. ahah!! baiklah..baiklah, saya memang sengal.

4 ulasan:

  1. reporter from kayrolldin.tv:

    apakah persaan anda apabila mula-mula berjaya memasukkan mmc tu ke dalam latop a.k.a lubnag yang tak sepatutnya?

    adakah anda rasa puas hati akhirnya masuk gak mmc tu kat dalam lubang tu?

    hehehe, lain kali try masuk kad sim plak. mana tau kot-kot boleh call pakai latop.

    hehehe

    tumpang lalu..

    BalasPadam
  2. oh, bkn lubang tak sepatutnye. tapi itu mmg lubangnye, cume mmc kad tu tak cukup panjang utk membolehkan dia ditarik keluar. sbb diorg buat slot tu ikut saiz memori kad panjang tu. lebar dia bertepatan, cuma panjangnye yang kantoi. lalu bersemadila ia dgn tenang dlm slot tu, takpe, slot tu tak penting pun..

    BalasPadam
  3. er..sebenarnya data apa yg ingin dipindahkan antara mmc dan laptop tuh?adakah ia penting dan berbaloi sehingga menyebabkan kesumbatan?

    BalasPadam
  4. penting juga. seperti gambar2 anak2. huh, akhirnya terkorban juak!

    BalasPadam