semalam petang aku dipaksa mendaftar untuk percubaan selama 10 hari true fitness. kalau aku rela memberi komitmen di situ, baru lah aku mendaftar untuk bulanan sebanyak RM105 sebulan. tapi hari pertama, yang sepatutnya aku datang pagi, aku gagal menghadirkan diri. bagus gym ni. macam-macam alat ada untuk membentuk otot badan, kalau alat nak bentuk sikap tu malam sikit. dalam mimpi. mana ada.
bagaimanapun aku lebih gemarkan berlari. ya, memang aku dah lama tak lari. kalau anda perasan dalam pos-pos lepas aku berkobar-kobar mencanang aku mau berlari beberapa kilometer sehari. dan hasilnya aku rasa aku layak jadi wakil rakyat. cakap saja lebih. sudah beberapa bulan aku tak berlari. aku suka berlari dari gym sebab berlari lebih bebas, aku dapat lihat alam sepanjang larian. kalau gym, lari laju-laju pun kat situ juga, tak ke mana-mana. aku sudah konsalt sama abah tentang hal gym ini pagi tadi. aku berharap beliau tak izinkan, sebab gym itu kena melabur duit. tapi dia galakkan pula, siap suruh cari gym yang terdekat. cis! bila yang aku nak itu tak bagi, bila yang aku harap dia tak bagi tu, bagi pula.
jadi, aku dah bulatkan tekad (tak bulat betul, ada sikit bujur-bujur) yang aku akan berlari. itu lebih puas. dari terkedap dalam gym. lari-lari setempat.
ye, teruskan tekad anda itu. dan sila quote pos ni utk merujuk ke semangat anda yg bakal menjadi sejarah.
BalasPadamhehehe.
niat suda xpraktik kalu, org panggil ayam punya hangat tahi.
ayah pin kalu, semayang niat je buat xpayah..hehehehe
tdk, sy xkate anda pengikut ayah pin.ahahahaaha
"hai org2 yg beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu perbuat? sesungguhnya amat besar kebencian disisi Allah bahwa kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan."
BalasPadamAsh Shaff : 2-3
baikkkk!! esok aku akan bersenam!
hahaha,,,
BalasPadambulatkan tekat utk kurus sgt susah!
ku da serendar ,,
tp ,,kalau x gi gym nanti rasa cam gemok gila!sirius,,uhuhu
tu la pasal..bile benti senam, badan naik best2 je...hampeh....jadi kene berdisiplin, tp aku takkan ke gym..lalala!!!
BalasPadamJom, kite lari2 pusing tak tasik shah alam..
BalasPadamjom!! jom!!! pegi pagi2 best..udara segau je...
BalasPadamgym and lari aku x larat.. dah gemuk ni.. x bloh gym..i pergi survey mahal pun.. sebln $170
BalasPadamahaa......true fitness RM105 je sbln...tp.....ah membazir je la...lari lagi best!
BalasPadamhohoho... jgn terpedaya dgn janji dorg... aku dah terkena... aku g cwgn pavilion. mcm2 cas nnti ko kena!
BalasPadamsemoga berjaya membuka gym..haha
BalasPadamkayrolldin: aku tak pegi pon....ahahah!!!
BalasPadambasuh baju: buka gym? aaaa.....