Khamis, Mei 14, 2009

petang yang girang

wah, petang ni sibuk benar aku! setelah tertidur selama hampir 15 minit di depan komputer dalam jam 3 lebih tadi, baru ini lah aku sibuk. kena buat sticker pula. sebelum buat itu, mau konfem sama member kalau-kalau dia boleh cetak malam ini juga. hendak tukar jenis ukuran dari kaki ke inci lagi, "convert" kata orang. ah! masa ini lah telefon bimbit utama aku habis bateri, yang lagi satu asyik pitam-pitam, darah terlebih tinggi agaknya. telefon pejabat pun, asal dail nombor saja piap. langsung tak profesional. menggelupur sekejap. sedang sibuk bersibuk-sibuk itu, ada satu panggilan masuk, dari nombor yang aku tunggu-tunggu sejak dua, tiga hari ini.

"hello, boleh cakap dengan cik zaihan?" si pemanggil bertanya. "aha, saya cakap!" aku bersuara agak girang. "saya bahtiar dari HP (ya aku tau!!)..laptop tu dah siap. jadi boleh la ambil," bahtiar memberi khabar gembira. aku terjerit, tak dapat menahan rasa gembira dihati. "aaa...aaa....lalu...aaaa........ada..apa-apa pembayaran perlu dibuat?" cit, aku sudah mula tergagap-gagap pula. "tiada, kan saya dah cakap hari itu saya mau tolong," bahtiar mengingatkan aku. "aaaaaaaaaa...terima kasih!! terima kasih!! aa..esok..eh...errr...aaaa...bila-bila.....errr....esok ek....aaa...nanti saya ambil! terima kasih! terima kasih banyak-banyak!!" cilakak, sudahlah tergagap, huru hara pula menyusun ayat. tamat saja perbualan, aku terus melompat-lompat tanpa kompromi. ingat-ingatlah sikit ada kerja "urgent" nak kena buat! hish!

oh, abang bahtiar...(hoh, dan dan....)

6 ulasan:

  1. wehehehehe..tahniah2!!!jgn masuk lubang yg sama untuk kali kedua

    BalasPadam
  2. ahah! aku telah mengambil pelajaran. aku tamau ditanye "maka adakah org yg mengambil pelajaran?" hihi!!

    BalasPadam
  3. ambil pelajaran tak?
    kalau dah banyak kali "lalu kami binasakan"....
    abg botak bujang lagi....hehehe

    BalasPadam
  4. aha!! ya, aku dah ambil pelajaran. sbb nnti kalo ditanye "belum adekah yg dtg memberi peringatan padamu?" bole la aku jawab, "ya! dah! dan saya telah mengambil pelajaran! lalalala!!"

    oh abang botak..muahmuah!!!

    BalasPadam
  5. errr...siapakah adalah abg botak tersebut?

    BalasPadam
  6. ko anak2..tak perlu amek tau..lalalalaa!!

    BalasPadam