Sabtu, Februari 19, 2011

balasan bermuka ketat

pagi tadi aku ke jusco bukit raja, sebab nak pos surat, disamping itu nak beli palette box untuk eyeshadow. ya, anda tak salah baca. okay, cut short. lepas dah beli box tu, lepas dah pusing seluruh jusco, aku ke pasaraya. beli sedikit sebanyak barang. tiba waktu nak bayar, tengok dalam dompet cuma tinggal duit seringgit-seringgit. yang aku ingat, kedai terakhir aku masuk adalah elianto. hari ini elianto dijaga oleh staf yang bermuka ketat. mungkin shift dia hari sabtu agaknya. asal pergi hari sabtu saja mesti dia yang jaga.

"boleh tak hold barang saya ni kejap?" aku berkata kepada juruwang pasaraya dan terus bergegas sambil ligat berfikir samada nak pergi cucuk duit dulu atau jumpa staf elianto dulu. tapi kaki ini memang bijak, terus membawa aku ke tingkat atas, menuju ke elianto.

apa sebenarnya yang terjadi?

"SHROOOOoooooooooo...." (kesan bunyi flashback)

semasa aku sedang memilih palette box itu, staf elianto bermuka ketat itu dengan muka ketat berdiri di sebelah aku menunggu aku memilih palette box yang aku mahu dengan muka yang ketat. setelah berpuas hati, aku memilih box yang boleh memuatkan 4 eyeshadow. dia meletakkan box tester dan dengan pantas mengambil box baru yang masih ditangan aku. okay, fine. sambil itu dia bertanya kalau-kalau aku mahu membeli beberapa barang lain sambil menerangkan tentang promosi yang masih berjalan dengan muka yang ketat. aku menolak, dan dia terus ke kaunter dengan muka yang ketat. aku membayar RM50 untuk box yang berharga RM14. kemudian dia meminta wang RM4 jika aku ada dan dia akan menyerahkan RM40 kepada aku sebagai baki. selepas dia mengira wang RM4 itu, dia menyerahkan box itu sambil menerangkan hari ini hari tanpa beg plastik dengan muka ketat sambil aku membalas "it's okay" dengan muka yang manis. kemudian aku keluar. dia lupa nak pulangkan baki RM40, dan aku pun langsung tak perasan.

okay, berbalik kepada cerita aku naik ke elianto selepas mendapati tiada duit besar dalam dompet. sampai di elianto, staf bermuka ketat sedang mengemas kabinet di bawah rak barang-barang. "excuse me, tadi i bayar RM50 tapi you tak bagi duit baki," aku memberitahu staf bermuka ketat itu. "muka dia bertambah ketat, tanda tak mahu mengaku salah. okay, at least assist la sikit kan, mana tahu kalau dia betul bersalah. jadi, dengan muka ketat dia ke kaunter dan berulangkali mengatakan dia telah memulangkan baki RM40 kepada aku. aku jawab, "tak ada, tadi i bagi RM50, lepas tu you minta Rm4, lepas tu you terus bagi barang kat i. resit pun i tak dapat." dengan muka ketat dia jawab, "sekejap." kemudian terus memeriksa kembali mesin wang dan mengira jumlah di dalamnya, dengan muka yang ketat. setelah puas mengira, akhirnya dia mengeluarkan wang RM40. dan kemudian menyerahkan pada aku dengan muka yang manis. "sorry, ya?" dia meminta maaf. ha, dah bersalah la tu. malu la tu. aku dengan muka yang sentiasa manis menjawab, "it's okay. bagi resit sekali ya?" staf bermuka ketat itu segera mencetak resit dan mengulang kata maafnya.

itulah. sia-sia saja buat muka ketat, akhirnya sendiri yang malu. ketatkan lagi la muka tu.

2 ulasan:

  1. HAHAHAHAHA... eye Shadow tuuu..... Jay! jgn ketatkan muka anda dgn kegelakan aku ini.. hahahaha...

    BalasPadam
  2. hahahahha! woi woi ko patut bergembira dengan perubahan aku ni..kahkahkah!!!!

    BalasPadam