Khamis, Februari 04, 2010

melepas

sepatutnya entri ini dipost semalam juga, tapi penat punya pasal, terpaksa dipost hari ini.

semalam adalah hari pelancaran bangunan baru Yayasan Hepar Malaysia di Taipan 2, Ara Damansara. pertama kali aku menghadiri, bukan menghadiri, umm..bertugas di majlis dengan memakai kot, itupun abah punya sebab aku tak mampu nak beli kot sendiri. ok, panas gila rupanya pakai kot disiang hari. belum sempat siang pun aku dah berpeluh-peluh. jenis pulak memang cepat berpeluh. oklah, bukan nak cerita pasal proses perpeluhan yang aktif dari sistem badan aku.

majlis itu dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Satu-satunya PM/bekas PM yang masih aku kagum sampai sekarang walaupun Malaysia dah dua kali tukar PM lepas beliau bersara. gila lah, aku macam jakun gila tengok beliau. masih kuat dan tak nampak tua sangat walaupun dah 80 lebih umur beliau. lepas perasmian, beliau dan angkatan VIP lain menikmati makanan di tingkat paling atas bangunan itu, sambil melihat-lihat suasana dalaman pejabat. lepas makan, beliau menandatangani buku pelawat, dan aku beserta bos aku berhajat mau bergambar dengan beliau. sekali jurugambar hilang entah ke mana. adalah seorang lelaki india ini pantas gila menyelit dan bergambar dengan Tun. tak apa, aku dengan bos berharap dapat bergambar di bawah.

sampai saja di bawah, beliau dah masuk kereta pun. tapi sempat lah kami melambai-lambai beliau. lambai sajalah, itu saja yang dapat pun. ralat betul. entah bila dapat jumpa lagi.

bersungguh-sungguh aku melambai, dengan senyuman lebar dari telinga ke telinga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan