Khamis, Februari 11, 2010

1 jam tanpa henti

tidak, bukan bersenam. bukan juga berlatih menari tarian "dangerous" michael jackson.

tapi makan.

tadi tengahari aku makan maggi hot cup semata-mata. dan minum banyak air. bukan sebab nak tampung rasa lapar, tapi sebab aku dah rasa terdehidrasi. tapi air mineral tu buat aku rasa lagi sakit tekak.

kemudian, rasa menggigil tiba. aku tau aku kurang apa. mungkin kurang gula. lalu tiba-tiba mengidam benda-benda manis. biskut tim tam lah, romeo lah. singgah kedai sebelum pulang, beli chipsmore, itupun sebab dapat keychain free. comel keychain dia. maskot chipsmore tu. oh, dan biskut chocolate fudge tiger. tapi tak dapat tim tam, sebab kat 99 supermarket tu tak ada pula.

lalu pulang ke rumah dan mendapati mak buat ikan goreng cili. ikan terbaik punya, ikan apa entah. aku bersabar, mandi, solat dan menonton tv sambil menunggu bila mak nak keluar makan nasi ni? tak tahan lapar, aku terjah bilik mak. mak tengah baring atas katil sambil kipas hala dekat-dekat dengan dia. "mak, tak makan ke?" aku tanya dengan nada manja-manja minta kesian. mak cakap dia dah makan siap-siap dengan abah, lauk tu dia simpan untuk aku dan adik. aku pun terus berdesup ambil pinggan dan ambil potongan ikan paling besar serta secebis sisa ikan untuk di makan. oh ya, sebelum tu aku dah bedal sekeping dua biskut chipsmore buat bertahan. sedap juga makan nasi bersulam air zam-zam sejuk.

selesai makan, berehat sambil jilat-jilat jari depan tv. kemudian ke dapur, basuh-basuh apa yang patut, sebelum belasah lagi 3-4 keping lagi biskut chipsmore. kemudian datang dapur lagi. ya, mak ada buat jeruk mangga bercili. semangkuk tu aku bawa ke depan tv, dan makan entah berapa keping entah, sampai rasa senak dan pedas-pedas. aku cuma berhenti makan pada jam 11 malam, itupun masih fikir-fikir nak kunyah apa lagi. tapi aku rasa cukup. sebab aku dah mula rasa bertenaga. dan sekarang aku sangat jinak. dan aku mau tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan