malam semalam aku bermalam di hospital putrajaya, sebab kakak aku yang bersalin secara C-Sec itu beria-ia minta orang temankan, dan semua orang risau-risau siapa yang patut tunggu dan bagaimana mau selesaikan masalah tersebut (yang mana bikin aku agak kecil hati sebab masa aku masuk hospital dua malam sebab kena denggi, tak ada siapa pun yang peduli nak tunggu aku kat hospital. sendiri-sendiri tanggung sakit, nak buka botol air pun tak boleh sebab tapak tangan dua-dua naik ruam tebal sampai macam melepuh).
tidur terganggu oleh jururawat-jururawat yang asyik keluar masuk periksa, bagi injeksyen, cek bayi dan sebagainya. dan aku pun tak nampak apa perlunya aku menunggu di situ sebab ada saja jururawat yang masuk dan mengganggu tidur aku.
jadi hari ini sangat letih walaupun dah tidur sekejap kat rumah kakak. menjelang malam aku dah letih melampau-lampau. mata rasa kering. tapi lepas mandi, baring-baring di katil, mata tak mau lelap. badan rasa letih semacam.
tengok, aku dah online sampai dekat pukul 4 pagi, mata masih tak mengantuk.
Ahad, Februari 21, 2010
Rabu, Februari 17, 2010
dangerous
entah kenapa aku ketagih sangat dengan tarian lagu ni.
yang ni masa dia perform tahun 1993, mula-mula kot.
lepas tu, yang ni masa tahun 2005.
yang ni pula masa perform dekat munich, tahun 1997.
aku suka sebab dia pelbagaikan versi lagu, dan juga tarian. dan semua versi itu buat aku sangat teruja. dan semestinya semua persembahan dia buat aku teruja, cuma lagu ini yang lain sikit "feel"dia. enjoy!

Sabtu, Februari 13, 2010
entahlah
tapi aku rasa macam........aku tak benar-benar disayangi...
sebab.....senang-senang saja aku dimarah, dimaki bila dia tak puas hati, walaupun bukan dengan aku. tapi dengan puncanya, dia masih mampu menapis kata-kata, dan menenangkan hati sebelum bercakap dengan punca kemarahan dia, sebab takut si punca itu kecil hati.
sebab aku gemuk, tak ramai orang puji aku cantik depan dia, bodoh dan tak banyak duit kot.

Jumaat, Februari 12, 2010
kelantan, aku datang.
esok kami sekeluarga akan bertolak ke kelantan. menyertai rombongan kahwin sepupu aku. dah lama sangat tak pergi kelantan. kiranya esok adalah kunjungan kedua aku, selepas berbelas tahun, atau 20 tahun kot. mak sangat teruja. dah siap packing pagi tadi. dan ini akan jadi pertama kali aku memandu ke sana. tapi satu apa pun tak siap lagi. jadi aku akan senyap selama 4 hari. jangan rindui aku.
oh ya, selamat hari kekasut semua, dan sempena hari raya cina ini, semoga kita semua menjadi sekuat harimau. AUUMMMM!!!!

Khamis, Februari 11, 2010
1 jam tanpa henti
tidak, bukan bersenam. bukan juga berlatih menari tarian "dangerous" michael jackson.
tapi makan.
tadi tengahari aku makan maggi hot cup semata-mata. dan minum banyak air. bukan sebab nak tampung rasa lapar, tapi sebab aku dah rasa terdehidrasi. tapi air mineral tu buat aku rasa lagi sakit tekak.
kemudian, rasa menggigil tiba. aku tau aku kurang apa. mungkin kurang gula. lalu tiba-tiba mengidam benda-benda manis. biskut tim tam lah, romeo lah. singgah kedai sebelum pulang, beli chipsmore, itupun sebab dapat keychain free. comel keychain dia. maskot chipsmore tu. oh, dan biskut chocolate fudge tiger. tapi tak dapat tim tam, sebab kat 99 supermarket tu tak ada pula.
lalu pulang ke rumah dan mendapati mak buat ikan goreng cili. ikan terbaik punya, ikan apa entah. aku bersabar, mandi, solat dan menonton tv sambil menunggu bila mak nak keluar makan nasi ni? tak tahan lapar, aku terjah bilik mak. mak tengah baring atas katil sambil kipas hala dekat-dekat dengan dia. "mak, tak makan ke?" aku tanya dengan nada manja-manja minta kesian. mak cakap dia dah makan siap-siap dengan abah, lauk tu dia simpan untuk aku dan adik. aku pun terus berdesup ambil pinggan dan ambil potongan ikan paling besar serta secebis sisa ikan untuk di makan. oh ya, sebelum tu aku dah bedal sekeping dua biskut chipsmore buat bertahan. sedap juga makan nasi bersulam air zam-zam sejuk.
selesai makan, berehat sambil jilat-jilat jari depan tv. kemudian ke dapur, basuh-basuh apa yang patut, sebelum belasah lagi 3-4 keping lagi biskut chipsmore. kemudian datang dapur lagi. ya, mak ada buat jeruk mangga bercili. semangkuk tu aku bawa ke depan tv, dan makan entah berapa keping entah, sampai rasa senak dan pedas-pedas. aku cuma berhenti makan pada jam 11 malam, itupun masih fikir-fikir nak kunyah apa lagi. tapi aku rasa cukup. sebab aku dah mula rasa bertenaga. dan sekarang aku sangat jinak. dan aku mau tidur.

Khamis, Februari 04, 2010
melepas
sepatutnya entri ini dipost semalam juga, tapi penat punya pasal, terpaksa dipost hari ini.
semalam adalah hari pelancaran bangunan baru Yayasan Hepar Malaysia di Taipan 2, Ara Damansara. pertama kali aku menghadiri, bukan menghadiri, umm..bertugas di majlis dengan memakai kot, itupun abah punya sebab aku tak mampu nak beli kot sendiri. ok, panas gila rupanya pakai kot disiang hari. belum sempat siang pun aku dah berpeluh-peluh. jenis pulak memang cepat berpeluh. oklah, bukan nak cerita pasal proses perpeluhan yang aktif dari sistem badan aku.
majlis itu dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Satu-satunya PM/bekas PM yang masih aku kagum sampai sekarang walaupun Malaysia dah dua kali tukar PM lepas beliau bersara. gila lah, aku macam jakun gila tengok beliau. masih kuat dan tak nampak tua sangat walaupun dah 80 lebih umur beliau. lepas perasmian, beliau dan angkatan VIP lain menikmati makanan di tingkat paling atas bangunan itu, sambil melihat-lihat suasana dalaman pejabat. lepas makan, beliau menandatangani buku pelawat, dan aku beserta bos aku berhajat mau bergambar dengan beliau. sekali jurugambar hilang entah ke mana. adalah seorang lelaki india ini pantas gila menyelit dan bergambar dengan Tun. tak apa, aku dengan bos berharap dapat bergambar di bawah.
sampai saja di bawah, beliau dah masuk kereta pun. tapi sempat lah kami melambai-lambai beliau. lambai sajalah, itu saja yang dapat pun. ralat betul. entah bila dapat jumpa lagi.
bersungguh-sungguh aku melambai, dengan senyuman lebar dari telinga ke telinga.

Langgan:
Catatan (Atom)