Ahad, Ogos 23, 2009

injured

kau orang dah tengok belum video yang aku post sebelum ni? the band wagon tu?

hari tu aku bermain kejar-kejar dengan anak buah aku yang berumur hampir 2 tahun itu. aku mengejar ala-ala menari tarian dalam video tu. kemudian aku terlebih-lebih pula. melentur badan ke belakang dengan pantas, sebiji seperti langkah tarian dalam klip the band wagon tu.

sakit juga.

selang sehari lepas kejadian itu, pinggang aku sekarang sakit gila. aku perlu menegakkan badan sentiasa. nak bongkok-bongkok pun susah. dahlah tulang belakang aku itu memang dah siap-siap ada masalah. nak bangun, duduk, semua kena perlahan-lahan.

padan muka. lain kali lembutkan badan dulu sebelum apa-apa.

Khamis, Ogos 20, 2009

the band wagon

kali ini aku mau memaparkan satu klip video dari filem the band wagon dibintangi oleh fred astaire dan cyd charisse. yang paling menarik perhatian aku adalah seni tari mereka dan juga tentu sekali penampilan cyd charisse, first class baby!!


Rabu, Ogos 19, 2009

tv junkie: cinta sempurna

aku tak pasti cerita ini tentang apa. aku tengok pun pasal aku lipat kain baju depan televisyen. lalu sampai pada satu adegan ini, di mana anak lelaki orang kaya yang membesar di kota london sedang merakamkan video budak-budak bandar ber"shuffle". ketika sibuk merakam, merakam penonton sekali, si anak orang kaya ini terakam gambar seorang perempuan yang manis bertudung dan sangat cantik (cliche) lalu tertarik dan tertanya-tanya sambil terpukau dek kejelitaan perempuan tadi. agak lama dia "shoot" perempuan itu (sebab terpesona) sebelum tersedar dan kembali merakam adegan budak-budak bandar ber"shuffle". bila dia memandang kembali ke tempat perempuan itu berdiri, perempuan itu telah tiada. balik rumah agaknya.

bla..bla..bla...adegan itu ini....bla..bla...tak penting...bla..bla....

di rumah. si anak orang kaya itu menonton kembali video yang dirakamkan. sambil senyum-senyum. tiba-tiba dia melompat terkejut, dan "zoom" pada imej perempuan yang dirakam tadi, yang dirakam dengan penuh terpesona, dan menekan butang "pause". "who is this girl??" dia bertanya penuh kehairanan. entah apa-apa. aku bajet dia sebenarnya macam kenal dengan perempuan itu, sebab itu dia terkejut. rupanya konon-konon dia baru sedar dia "terakam" gambar seorang perempuan yang sangat cantik tanpa disedari. lepas "preview" baru tertanya-tanya.

lame..lame....bak kata orang putih.

errr...

tadi aku ada benda mau cerita. tapi dah lupa.

Rabu, Ogos 12, 2009

ABC?

sabtu lepas, kami sekeluarga (walaupun tak cukup ahli) makan-makan di rumah abang kedua aku (rumah arwah nenek sebenarnya). sepuluh-sepuluh anak saudara aku ada sekali. aku mulakan idea main bom air dan simbah-simbah. mereka sangat suka permainan itu.

habis bom air, kami duduk berehat di atas tikar di bawah pokok.....pokok rambutan agaknya. anak-anak saudara aku yang sudah bersekolah mula menyanyi lagu ABC.

"A B C D E F G....H1N1 selsema babi....."

baik, mereka dah ada versi baru untuk lagu ABC, "tribute" pada H1N1 yang sedang "top" sekarang.

Rabu, Ogos 05, 2009

terhina

kakak aku yang sulung datang awal pagi ni. dia mau ke pasar dengan mak. sebelum itu dia mau guna tandas dulu. tandas pula sedang bau "kaw-kaw" kerana semalam satu rumah makan sambal ikan bilis petai.

"nur, ada perfume tak?" apa punya soalan. soalan dituju pada aku yang memang terkenal obses dengan perfume. sambil tanya sambil ambil terus perfume ck one summer aku. kemudian aku lihat dia keluar bilik dengan perfume itu. "kau sembur toilet dengan perfume aku?" aku bertanya dengan nada tak percaya. "alah, sikit je! kat ofis pun aku bawa perfume (untuk spray toilet juga)!" kakak aku menjelaskan. "cis, terhina doh perfume aku!" aku membalas sebagai mempertahankan maruah perfume aku. kamon, kalau perfume dia diguna untuk sembur ditandas, suka hati dia. tapi ini perfume aku beb! perfume yang aku beli sebagai menggambarkan identiti aku!

damn. aku benar-benar rasa terhina.

Selasa, Ogos 04, 2009

internet

malam tadi, dalam jam hampir satu pagi, aku melangkah keluar dari restoran mamak, bila aku terdengar perbualan sekumpulan anak pemuda. terdengar, bukan sengaja menyibuk nak dengar. begini bunyinya: "aku kalau takde air takpe lagi, internet takde boleh pecah kepala bai!"

peh peh....begitu besarnya internet dalam kehidupan. ibaratnya kalau tak dapat online sehari, seperti tidak mendapat petunjuk.

tapi kalau dah tak ada air kat rumah, jangankan nak menghadap internet, nak menghadap tv pun aku tak lalu. apalah maknanya buat semua tu dengan badan yang berlengas-lengas dan aktiviti membersih, membuang itu ini pun terbantut?

nikmat berinternet tak sama dengan nikmat dapat mengguna air.

Isnin, Ogos 03, 2009

pedih

tadi dah siap-siap mandi, sementara tunggu seterika panas untuk gosok tudung, aku duduk di ruang tamu rumah. mengadap kakak aku sekeluarga yang masih tidur. tapi mata aku lebih tertumpu pada si kecil yang hampir berusia dua tahun itu. aku perhatikan dia tidur. enak. nyenyak. puas. hati aku pedih.

alangkah bestnya kalau aku yang ada di tempat dia. tak perlu susah-susah bangun untuk ke tempat kerja. dan terus ingatan terlayang ke zaman kanak-kanak dulu, zaman di mana cuma permainan apa yang akan dimainkan saja yang perlu difikirkan.

"AAAA...DAH! SUDAH!! ZAMAN BAYI DAN KANAK-KANAK KAU DAH BERLALU LAMA DAH! SEDAR-SEDARLAH SIKIT!!!"

cit, suara dalam kepala ni memang dengki saja dengan aku.