Selasa, Ogos 04, 2009

internet

malam tadi, dalam jam hampir satu pagi, aku melangkah keluar dari restoran mamak, bila aku terdengar perbualan sekumpulan anak pemuda. terdengar, bukan sengaja menyibuk nak dengar. begini bunyinya: "aku kalau takde air takpe lagi, internet takde boleh pecah kepala bai!"

peh peh....begitu besarnya internet dalam kehidupan. ibaratnya kalau tak dapat online sehari, seperti tidak mendapat petunjuk.

tapi kalau dah tak ada air kat rumah, jangankan nak menghadap internet, nak menghadap tv pun aku tak lalu. apalah maknanya buat semua tu dengan badan yang berlengas-lengas dan aktiviti membersih, membuang itu ini pun terbantut?

nikmat berinternet tak sama dengan nikmat dapat mengguna air.

3 ulasan:

  1. huh....
    nikmat lagi kalau dapat buang air....
    jikalau dah tahap dah nak keguguran....
    hehehehehehehehe!!!!

    BalasPadam
  2. mybe org tu kturunan unta, yg mmpu menahan minum sbab dia ada kantung air kt blkg dia, hebatt!

    BalasPadam
  3. nerv: tapi agak musibah kalau terjadi masa air tgh takde...

    anet: itu la..tp tak nampak plak bonggol2 dia tu...

    BalasPadam