Rabu, Jun 29, 2011

kemhor


pagi-pagi, tak ada orang di pejabat. lalu aku meng"camwhore".

Isnin, Jun 27, 2011

jumaat lepas

gembira.
sedih.















Ada masanya, saya menjadi bodoh.

Khamis, Jun 23, 2011

bayi

termasuk malam tadi (atau mungkin subuh tadi), dah dua kali aku bermimpi mendukung anak saudara gebu aku yang berusia 7 bulan. tetapi dalam dua-dua mimpi itu, aku dalam keadaan lemah dan selalu hampir terlepas si bayi dari dukungan.

whatever the dreams mean.

Selasa, Jun 07, 2011

penawan ular

aku di dapur. dua orang anak saudara yang tersayang sedang bermain-main di depan pintu stor. abah sedang mencuci pinggan. kemudian anak-anak saudara menjerit kuat. ada ular hitam. besar. jenis boleh bergelut peluk-peluk kalau nak tangkap.

aku tak fikir panjang. aku cepat-cepat cuba menekup ular tersebut. gagal. aku melompat atas ular, dan bergelut sungguh-sungguh untuk masukkan ular itu dalam guni. rontaan ular itu boleh tahan kuat. walau diikat guni itu ular itu masih meronta kuat. aku masih ingat ketika aku menjerit minta pertolongan abah, abah rileks saja menjawab "nantilah kejap". aku agak kecewa dengan jawapan sambil lewa itu kerana memikirkan anak-anak saudara yang mungkin menjadi mangsa si ular.

setelah ular itu berjaya dimasukkan ke dalam guni dan diikat kuat agar ia tak terlepas, anak-anak saudara aku melompat-lompat di atas ular tersebut dengan gembira, walaupun ular itu masih lagi meronta. seketika kemudian, guni itu cuma tinggal guni. entah ke mana hilangnya.

aku syak mimpi mengarut ni angkara scene polis US menangkap ular sawa di sebuah sekolah yang aku tonton dalam rancangan Video Zonkers. cis.

Khamis, Jun 02, 2011

third time's....?

people say third time's the charm.

i say, third time's the most ridiculous!

tak pernah-pernah aku jumpa orang yang ridiculous macam ni. Macam makin lama makin turun ke level tak boleh diterima akal.

aku bersedia untuk melompat lagi.