Selasa, Jun 07, 2011

penawan ular

aku di dapur. dua orang anak saudara yang tersayang sedang bermain-main di depan pintu stor. abah sedang mencuci pinggan. kemudian anak-anak saudara menjerit kuat. ada ular hitam. besar. jenis boleh bergelut peluk-peluk kalau nak tangkap.

aku tak fikir panjang. aku cepat-cepat cuba menekup ular tersebut. gagal. aku melompat atas ular, dan bergelut sungguh-sungguh untuk masukkan ular itu dalam guni. rontaan ular itu boleh tahan kuat. walau diikat guni itu ular itu masih meronta kuat. aku masih ingat ketika aku menjerit minta pertolongan abah, abah rileks saja menjawab "nantilah kejap". aku agak kecewa dengan jawapan sambil lewa itu kerana memikirkan anak-anak saudara yang mungkin menjadi mangsa si ular.

setelah ular itu berjaya dimasukkan ke dalam guni dan diikat kuat agar ia tak terlepas, anak-anak saudara aku melompat-lompat di atas ular tersebut dengan gembira, walaupun ular itu masih lagi meronta. seketika kemudian, guni itu cuma tinggal guni. entah ke mana hilangnya.

aku syak mimpi mengarut ni angkara scene polis US menangkap ular sawa di sebuah sekolah yang aku tonton dalam rancangan Video Zonkers. cis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan