Khamis, Mac 31, 2011
Rabu, Mac 23, 2011
ushu is other tissue
mp3 player sony aku rosak. port headphone dia. baiki atau beli baru. kalau beli baru, ipod shuffle ke sony b series?
Isnin, Mac 21, 2011
kali ini, headphone tidak bersalah
sekembalinya aku dari penang, headphone aku buat perangai. macam biasa, mesti belah kanan yang tak ada bunyi. "sheet, kena beli headphone baru pulak." boleh dengarlah juga belah kanan, itu pun kena tekan kat port dia kuat-kuat. sampai bila nak kena buat macam tu, kan?
sudahnya semalam aku beli juga headphone Phillips yang paling murah. sampai rumah aku tak terus guna. tapi bila nak tidur dalam pukul 4 pagi tu, aku pun test dekat mp3 player aku. wah! masih tak dengar di sebelah kanan. sheeeeet. mula lah aku berkira kena pergi semula ke tesco dan tukar headphone lain. tapi sebelum aku exaggerate, aku bagi uji dulu dekat laptop. eh, boleh pula dengar dua-dua belah. headphone Sony aku yang disangka rosak itu pun berfungsi dengan cemerlang dekat laptop. jadinya sekarang tak pasal-pasal aku dah ada 3 headphone yang sebenarnya berfungsi dengan baik.
lalu terbuktilah port headphone pada mp3 player aku yang bermasalah. okay, maksudnya aku kena beli mp3 player baru lah pulak ya?

Ahad, Mac 20, 2011
separuh mati
ya, aku suka "exaggerating".
tak adalah separuh mati pun. tapi bila mengenangkan bulan ini punya pulun, memang separuh mati rasanya. semua gara-gara perjalanan siapkan majalah terganggu dek membuat persiapan untuk event di Penang pada sabtu dan ahad lepas.
mengikut bos, majalah haruslah siap sebelum ke Penang. tapi apa gila dah lah aku seorang saja designer yang dia ada, lepas tu semua nak kena siapkan on time. dengan tak putuskan betul-betul apa benda nak letak dalam poster. jadilah satu poster makan masa dua hari untuk siap. sehari suntuk habiskan masa untuk poster pun tak cukup lagi.
Flyer ini boleh tahan ambil masa juga pasal masa tu aku tengah tak ada mood nak mereka. jadi selepas 2-3 hari, ini lah final yang mereka pilih (setelah puas buat amendment). masa ini dah mula terjejas perjalanan majalah aku.
dan ini pula poster yang aku hampir terlupa nak buat. kemudian, dengan majalah yang hanya 80% siap (agaknyalah, aku mana pandai mengagak) kami pun bergerak ke Penang. Dan dalam perjalanan balik ke KL, bos bising sebab majalah tak siap, walaupun dia dah pesan kena siap sebelum semua ke Penang. okaylah, mungkin salah aku sebab tak tangkas bekerja. tapi aku pun taknak hasil kerja aku jadi sampah dek kerana laju membuat. sekembali dari penang, esoknya kami kembali bekerja walaupun dengan mata cuma 50% terbuka dan tenaga cuma 30% sahaja. terus delay semuanya. tapi aku pulun juga siapkan. dan akhirnya pada hari rabu, satu majalah siap dan tiba-tiba aku kena buat lagi satu majalah sebab tak sempat nak serah pada "outsource" kami. "you have to finish the magazine by today," kata bos aku. impossible. walaupun aku dah jelaskan ketidakmungkinan majalah dapat siap dalam sehari, dia bertegas juga, dengan menyuruh aku mengimbangkan design dengan masa. dan akhirnya jumaat lebih kurang 8.15 malam, semuanya dapat aku selesaikan melainkan satu bahagian terpaksa diserahkan pada "outsource". gila bapak penat.
esok ada amendment untuk majalah yang lagi satu. bunyinya banyak juga dari segi teks. dan sepatutnya aku dah tidur sekarang. untuk tenaga esok hari.
well, duhh.....

Isnin, Mac 07, 2011
........... (2)
asal masuk ofis saja, aku jadi nerves. setiap hari. rasa macam tak sempat nak buat itu dan ini. tapi endingnya, aku banyak merayau ke laman sesawang untuk mententeramkan hati (tapi kerja jalan juga tau!).
oh tidak, janganlah kena lagi. "takmooo takmooo takmoooo!!!" (gedik tak?)

Langgan:
Catatan (Atom)