Isnin, Mac 21, 2011

kali ini, headphone tidak bersalah

sekembalinya aku dari penang, headphone aku buat perangai. macam biasa, mesti belah kanan yang tak ada bunyi. "sheet, kena beli headphone baru pulak." boleh dengarlah juga belah kanan, itu pun kena tekan kat port dia kuat-kuat. sampai bila nak kena buat macam tu, kan?

sudahnya semalam aku beli juga headphone Phillips yang paling murah. sampai rumah aku tak terus guna. tapi bila nak tidur dalam pukul 4 pagi tu, aku pun test dekat mp3 player aku. wah! masih tak dengar di sebelah kanan. sheeeeet. mula lah aku berkira kena pergi semula ke tesco dan tukar headphone lain. tapi sebelum aku exaggerate, aku bagi uji dulu dekat laptop. eh, boleh pula dengar dua-dua belah. headphone Sony aku yang disangka rosak itu pun berfungsi dengan cemerlang dekat laptop. jadinya sekarang tak pasal-pasal aku dah ada 3 headphone yang sebenarnya berfungsi dengan baik.

lalu terbuktilah port headphone pada mp3 player aku yang bermasalah. okay, maksudnya aku kena beli mp3 player baru lah pulak ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan