Isnin, Oktober 04, 2010

3 tempat, satu punca

masuk kali ini sudah 3 kali saya berpindah syarikat. semua disebabkan masalah yang sama. gaji. saya melompat-lompat kerana saya mahukan sesuatu yang stabil dan yang boleh saya bergantung harap demi menyara diri. tapi yang saya harapkan tidak saya kecapi. lagipula, gaji saya tidaklah mencecah RM10k sebulan, jauh sekali RM3k, RM2.5k pun tidak.

tetapi entah apa masalahnya, saya selalu berhadapan dengan masalah gaji. macamlah saya minta RM5k sebulan sehingga kucar kacir syarikat hendak membayarnya.

sekarang pula, gaji saya tidaklah sedikit, tidaklah pula terlalu mewah. sedang-sedang kata orang. tapi ada pula masalah lain. kali ini melibatkan akaun saya. entah macammana, gaji saya termasuk ke akaun orang lain. mengakibatkan saya mendapat lewat kerana pihak akaun membuat pembetulan. itu cerita bulan lepas.

bulan ini, perkara yang sama berlaku. tetapi pihak akaun memberikan cek. dengan gembira saya memasukkan cek ke akaun saya. saya menunggu dengan sabar kerana cek mengambil masa 3 hari untuk "clear". saya berkira-kira esok bolehlah saya keluarkan sejumlah wang belanja. sementelah sudah tinggal beberapa sen saja di dalam dompet. dengan teruja dan penuh debar saya memeriksa akaun saya secara "online". tiba-tiba jumlah "floating" hilang. saya pelik. saya cek dalam-dalam. "CLRNG CHQ RETURNED" katanya. returned kenapa pula? saya mendapatkan pendapat pakar. kata mereka ada masalah pada cek itu. setelah diperiksa, rupanya ada perkataan tertinggal di cek itu, lantas menyebabkan ia dipulangkan semula.

saya kecewa. sangat-sangat kecewa. kecewa sehingga saya bermain-main membuat kerja. apalah salah saya sehingga saya menghadapi masalah sebegini? dari mula bekerja sehinggalah sekarang, sehingga 3 syarikat, masalahnya tetap sama. segala timbunan kerja yang diserahkan semua saya selesaikan sebaik mungkin. saya tidak merungut kerja terlalu banyak walaupun saya sedar cuma saya seorang yang mengendali semua kerja tersebut. tetapi kenapa perkara bodoh sebegini yang tak sepatutnya terjadi, terjadi pada saya? dalam ramai-ramai pekerja, saya seorang yang dua kali dilanda perkara bodoh ini.

lalu sekarang saya kembali membenci kerjaya saya. kembali membenci pengurus-pengurus yang cuma tahu melambak tugas banyak-banyak pada staf, tetapi perkara semudah gaji amat sukar untuk mereka selesaikan. saya tidak minta banyak. saya tidak minta faedah yang bukan-bukan. saya bukannya cuba menggapai bintang. saya cuma mahu mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga di zaman kos sara hidup yang semakin tinggi ini.

adakah permintaan saya ini terlalu tinggi?

tidak, bukan?

ibu saya mula berpendapat mungkin terdapat "binatang-binatang haram" yang menumpang di badan saya sehingga saya bernasib malang begini. saya tidak pernah mahu berfikir sehingga ke situ. tetapi sekarang saya mula mempertimbangkan perkara ini. okaylah, mungkin ini ujian dari Tuhan yang tidak henti-henti mencabar saya dalam soal kewangan. tidaklah saya sehingga kebulur, tidak berganti baju. tetapi ujian-ujian dengan majikan-majikan yang mungkin mengambil kesempatan atas sikap saya yang tidak bercakap banyak. mungkin Tuhan mahukan saya menjadi seorang yang lebih lantang. baiklah, saya terima.

cuma, saya sudah naik muak dengan perkara ini. tiga syarikat berturut-turut, masalah yang tetap sama. sudahlah.

2 ulasan:

  1. sabarlah..dulu saya pun pernah lalui benda yang sama. sebijik!

    yang penting terus happy dgn org sekeliling dan kehidupan sekarang :)

    BalasPadam
  2. sabar, sabar jugak...tapi sampai tiga tempat berturut2....ape kes kan...

    BalasPadam