Sabtu, Oktober 30, 2010

rimmel oh rimmel!

berminggu-minggu juga aku usha benda ni. ye la, aku dah ada 4 lipstik merah. tapi masalahnya warna dia sangatlah mengujakan. hari ahad lepas aku membelek lagi. segan juga dengan tuan punya kedai. dan akhirnya, aku nekad, hari selasa lepas, lipstik bertukar tangan.

DSCN0932edited

abaikan kulit muka yang huru hara itu. lipstik ni bukan finish lipstik. jadi maknanya ia boleh disapu terus pada bibir. tapi bagaimanapun untuk kesejahteraan bersama, sapulah lip balm secara kecil-kecilan dahulu. kalau yang terer tu boleh terus sapu lipstik merah ni pada bibir. tapi aku lebih suka sapukan dengan berus dulu, supaya tepi-tepi bibir tak comot dan kucar-kacir. lepas dah puas hati dengan kekemasannya, barulah aku sapukan terus lipstik tu ke bibir bagi meratakan warna serta menyerlahkannya sekali.

Jenis: Rimmel Colour Show Off in Red Fever (230)

Harga: RM26.90

Mana nak beli?: Guardian, Watson's dan farmasi atau kedai-kedai yang turut menjual.

Sabtu, Oktober 23, 2010

promo promo!!

hai!! lupa pula nak promo blog lagi satu, http://make-uplollipop.blogspot.com/ hasil kolaborasi aku dan sahabat, cik ungu_violet! baru saja bermula, jadi tak banyak yang kami kongsi lagi. kalau senang, singgah-singgah la ya?

dan jangan lupa juga singgah di blog gedik-gedik saya http://lovesthat.typepad.com/blog/ okay?

daaaaaa!!

Khamis, Oktober 21, 2010

hari ini

genaplah aku berusia 28 tahun.

aku agak nerves juga.

Isnin, Oktober 18, 2010

bye, i unfollowed your blog!

aku baru berhenti mengikut blog seorang mamat ni.

mula-mula memang aku suka entri dia. tapi lama-lama aku baca lebih ke obses diri sendiri pula.

ish, blog aku sendiri macam la best sangat. tapi hak masing-masing nak komen kan?

YEEAAAHHHHHH!!!!

Rabu, Oktober 13, 2010

confirm

tadi masa tengah huru hara siapkan kerja, bos datang ke meja. hendak bincang sesuatu katanya. tapi memandangkan aku sangat sibuk, hal itu tertangguh. tapi sempat juga dia ucap tahniah sebab aku dah "confirmed" kat situ. wah, baru 2 bulan lebih probation dah confirm. aku ada rasa satu perasaan aneh di dada.

terus aku berkobar-kobar nak siapkan kerja.

lipstik merah idaman

jungle red, nars. tapi sangat mahal. kalau beli pun mesti aku sayang nak pakai. arrghh!! tensennyaa!!

Photobucket

Isnin, Oktober 04, 2010

3 tempat, satu punca

masuk kali ini sudah 3 kali saya berpindah syarikat. semua disebabkan masalah yang sama. gaji. saya melompat-lompat kerana saya mahukan sesuatu yang stabil dan yang boleh saya bergantung harap demi menyara diri. tapi yang saya harapkan tidak saya kecapi. lagipula, gaji saya tidaklah mencecah RM10k sebulan, jauh sekali RM3k, RM2.5k pun tidak.

tetapi entah apa masalahnya, saya selalu berhadapan dengan masalah gaji. macamlah saya minta RM5k sebulan sehingga kucar kacir syarikat hendak membayarnya.

sekarang pula, gaji saya tidaklah sedikit, tidaklah pula terlalu mewah. sedang-sedang kata orang. tapi ada pula masalah lain. kali ini melibatkan akaun saya. entah macammana, gaji saya termasuk ke akaun orang lain. mengakibatkan saya mendapat lewat kerana pihak akaun membuat pembetulan. itu cerita bulan lepas.

bulan ini, perkara yang sama berlaku. tetapi pihak akaun memberikan cek. dengan gembira saya memasukkan cek ke akaun saya. saya menunggu dengan sabar kerana cek mengambil masa 3 hari untuk "clear". saya berkira-kira esok bolehlah saya keluarkan sejumlah wang belanja. sementelah sudah tinggal beberapa sen saja di dalam dompet. dengan teruja dan penuh debar saya memeriksa akaun saya secara "online". tiba-tiba jumlah "floating" hilang. saya pelik. saya cek dalam-dalam. "CLRNG CHQ RETURNED" katanya. returned kenapa pula? saya mendapatkan pendapat pakar. kata mereka ada masalah pada cek itu. setelah diperiksa, rupanya ada perkataan tertinggal di cek itu, lantas menyebabkan ia dipulangkan semula.

saya kecewa. sangat-sangat kecewa. kecewa sehingga saya bermain-main membuat kerja. apalah salah saya sehingga saya menghadapi masalah sebegini? dari mula bekerja sehinggalah sekarang, sehingga 3 syarikat, masalahnya tetap sama. segala timbunan kerja yang diserahkan semua saya selesaikan sebaik mungkin. saya tidak merungut kerja terlalu banyak walaupun saya sedar cuma saya seorang yang mengendali semua kerja tersebut. tetapi kenapa perkara bodoh sebegini yang tak sepatutnya terjadi, terjadi pada saya? dalam ramai-ramai pekerja, saya seorang yang dua kali dilanda perkara bodoh ini.

lalu sekarang saya kembali membenci kerjaya saya. kembali membenci pengurus-pengurus yang cuma tahu melambak tugas banyak-banyak pada staf, tetapi perkara semudah gaji amat sukar untuk mereka selesaikan. saya tidak minta banyak. saya tidak minta faedah yang bukan-bukan. saya bukannya cuba menggapai bintang. saya cuma mahu mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga di zaman kos sara hidup yang semakin tinggi ini.

adakah permintaan saya ini terlalu tinggi?

tidak, bukan?

ibu saya mula berpendapat mungkin terdapat "binatang-binatang haram" yang menumpang di badan saya sehingga saya bernasib malang begini. saya tidak pernah mahu berfikir sehingga ke situ. tetapi sekarang saya mula mempertimbangkan perkara ini. okaylah, mungkin ini ujian dari Tuhan yang tidak henti-henti mencabar saya dalam soal kewangan. tidaklah saya sehingga kebulur, tidak berganti baju. tetapi ujian-ujian dengan majikan-majikan yang mungkin mengambil kesempatan atas sikap saya yang tidak bercakap banyak. mungkin Tuhan mahukan saya menjadi seorang yang lebih lantang. baiklah, saya terima.

cuma, saya sudah naik muak dengan perkara ini. tiga syarikat berturut-turut, masalah yang tetap sama. sudahlah.

Jumaat, Oktober 01, 2010

malas

saya malas. ya, itu saya akui. saya malas. mula-mula saja saya rajin.

hari ini saya bermalasan dengan separa bersungguh kerana terdapat kerja yang harus diselesaikan. dan juga kerana adanya bos di pejabat. tetapi saya bermalasan juga bila ada kesempatan.

saya tidak tahu kenapa. sedangkan sebelum ini saya sangat bersemangat untuk bekerja. saya mengeluarkan banyak idea baru untuk dimuatkan dalam produk kami.

tapi sekarang saya dah malas. dan apa yang akan keluar nanti, keluarlah.