Ahad, September 26, 2010

review lipstik. heh!

okay, jadi aku dah order lipstik NYX LSS569 Snow White dari satu kedai online dalam FB. aku sekarang tengah gila lipstik merah, jadi percayalah lipstik ini juga merah gila. so tadi masa tengah basuh pinggan dengan tekun abah datang bagi sampul pos ekspress, dia letak atas meja makan. aku pun naik teruja semacam dan terus dengan rakus membuka sampul itu sebab aku dah tau apa isinya.

lalu tadi mak ajak beraya rumah pakcik abah. jadinya aku berpeluang menerai lipstik ini. mekap kena ala vintage, baru jadi. elok aku sapukan (atau oles) pada bibir, apa yang aku dapat kesan ialah warnanya yang sangat pekat (hampir seperti warna plum) dan serta merta bibir rasa kering. mengikut pengalaman review yang lepas, aku rasa lipstik ini adalah finish lipstick, iaitu lipstik yang dilapis atas lipstik "base" (apa-apa warna lisptik biasa dan finish lipstick ditambah untuk menaikkan lagi seri warna. ikut faham aku la. korang kaji la sendiri). jadi aku pon sapu nivea lip care strawberry yang masih tak habis-habis lagi, dan menyapu lipstik tadi dengan berus supaya sapuan lebih kemas dan sekata.

Photobucket

beginilah hasilnya. kalau sapu terus dengan lipstik, warna dia akan lebih gelap, macam gothic pula. dan warnanya juga hampir sama dengan bibir snow white (kalau sapu dengan berus). mula-mula kecewa juga dengan lipstik ni. tapi selepas menyedari yang ia mungkin finish lipstick, aku kata, proceed!

ekstra: cari NYX Cosmetic dalam FB dan "like" kalau mahu. korang boleh bertanya lebih lanjut pada tokey kedai online ni. korang juga boleh pergi ke http://sharondoodoo.blogspot.com (tapi ni orang lain dan harga lipstiknya ngam-ngam RM10. kalau yang di FB tu harganya RM9.90 saja). selamat mencuba!

Isnin, September 20, 2010

bilakah?

ingin aku bertanya pada Tuhan.

"bilakah serangan panik ini akan selamanya berakhir?"

adakah ia akan berakhir sebaik sahaja aku berhenti bekerja, atau sebaik sahaja tempoh kehidupan aku tamat?

Ahad, September 19, 2010

lesson learned

rumah kosong. tak ada orang. mak, abah dan adik ke kedah. selasa baru balik. adik-beradik lain bersama keluarga masing-masing.

aku bukan tak biasa tinggal seorang diri di rumah. malah aku suka. sebab aku boleh buat apa yang aku mahu tanpa memikirkan orang lain.

semalam, aku tak ada masalah, sebab abang aku sekeluarga ada. hinggalah petang tadi, bila mereka berangkat ke rumah sendiri.

masa terasa berlalu begitu lambat, walaupun sekarang sudah jam 10.30 malam dan dalam sejam dua lagi aku perlu tidur. dan aku merasa sangat sunyi. dan bila sunyi, "depression" aku kembali menyerang. dan aku rindukan "anak-anak" aku.

sekarang aku faham kenapa kawan-kawan semua menggesa supaya aku cepat-cepat dapatkan pasangan hidup. mungkin aku dah patut lupakan kenikmatan hidup sendirian.

aih, esok nak kena hantar magazine untuk dicetak, dan esok mesti kena panic attack lagi. macam biasa.

Sabtu, September 04, 2010

kegemaran semasa ini

demon lover oleh shocking blue. brilliant!