Malam ini aku periksa lagi Memories di Facebook. Bukanlah tujuan aku untuk mengimbau kenangan sangat, tapi aku cuma mahu melihat pos-pos lama yang kau komen, yang mana kita saling berkomunikasi waktu itu, ketika kita masih saling bercakap.
Aku akan senyum, aku akan rasa sayu.
Aku rindu kau. Aku rindu mata kau, kening kau, hidung kau, gigi kau, setiap inci wajah kau.
Aku lagi rindu mendengar suara kau.
Sampai sekarang aku masih perah otak, apa punca kita berhenti berbual? Aku masih belum bertemu seseorang yang serba-serbi mengatasi kau, dan kau masih penting bagi aku.
Ya, walaupun kita tak bercakap lagi.
Aku ingin bercerita macam-macam dengan kau.
Ya, walaupun lidah aku kelu saat kita berdepan.
Hari-hari aku memanjatkan doa kepada Sang Pencipta kita berdua, namun masih belum ada jawapan.
Aku inginkan jawapannya sekarang. Aku sudah tak mahu berteka-teki, membaca petunjuk, menanti pembayang. Aku ini bebal, aku perlu ditunjuki depan-depan, jelas-jelas.
Kau macam mana?
Rasa yang sama?
Tunggu aku, ya?