Kami berpakat
mahu berjumpa.
Aku mahu mengetahui kisahnya
yang malas dia ceritakan secara teks.
Kami berjumpa
barang dua jam.
Aku menemuinya
dengan perasaan cinta
yang telah luput.
Berbual tanpa debaran cinta
Bertentang mata tanpa debaran cinta
Kami berpisah
dan ucapkan selamat tinggal.
Aku ucapkan tahniah pada diri
kerana perasaanku telah pergi.
Tapi, babi.
Namanya ku sebut-sebut kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan