Khamis, November 17, 2011

why?

aku, tengah sibuk printing mock-up kali kedua lepas buat pembetulan. lepas siapkan isu bumper, dan balik ke rumah jam 6.30 pagi kelmarin. jam 10 pagi hari yang sama aku masuk pejabat, sambung printing. semalam buat pembetulan selepas segalanya diperiksa. malam tadi emel semula seluruh majalah. dan pagi ni dapat emel suruh print semula, macam tak boleh tengok dalam komputer. jadi, dari pagi tadi aku sampai, aku dah mula print balik. lepas tu bos masuk. aku masih berulang-alik dari meja aku ke printer.

"have you finished designing your calendar for January?"

"no. not yet."

"why?"

"i have been fucking with the amendments and reprinting that shit, haven't i?!"

okay, tak, sebenarnya aku tak cakap macam tu. aku tak jawab langsung pun. macam, what's the point pun.