Jumaat, Mei 21, 2010

nirvana

dua tiga hari ni tiba-tiba aku kembali melayan nirvana. daripada menonton video-video di youtube hinggalah ke album-album diorang. dan tiba-tiba aku sangat merindui kurt cobain. sayang benar, pemuzik dengan bakat yang hebat itu telah pergi. menonton home video beliau, aku dapat rasakan dia sebenarnya seorang yang baik, dan seorang ayah yang penyayang. kerinduan makin menebal bila menonton video ni. pertama kali aku dengar dia nyanyi lagu ni. dan dia bawa dengan baik sekali, walaupun dia main bantai saja lirik yang dia lupa, tapi lagu ni nyata lebih mendalam bila dia yang nyanyi. aku pun tak tau kenapa.

1 ulasan: