dua tiga hari ni tiba-tiba aku kembali melayan nirvana. daripada menonton video-video di youtube hinggalah ke album-album diorang. dan tiba-tiba aku sangat merindui kurt cobain. sayang benar, pemuzik dengan bakat yang hebat itu telah pergi. menonton home video beliau, aku dapat rasakan dia sebenarnya seorang yang baik, dan seorang ayah yang penyayang. kerinduan makin menebal bila menonton video ni. pertama kali aku dengar dia nyanyi lagu ni. dan dia bawa dengan baik sekali, walaupun dia main bantai saja lirik yang dia lupa, tapi lagu ni nyata lebih mendalam bila dia yang nyanyi. aku pun tak tau kenapa.
Rabu, Mei 19, 2010
black out
semalam, lagi 15 minit nak balik, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. aku terdiam. kemudian, menarik nafas, dan berpura-pura tenang dan mula mengemas beg. dang!! teringat air di bilik air belum tutup lagi. berbekalkan cahaya dari telefon bimbit yang tak berapa nak terang, aku bergegas ke belakang dan menutup air dan terus ke menutup suis-suis yang lain dengan debaran di dada.
kemudian menutup suis lampu utama dan mengunci pintu dan ya!! aku berjaya keluar dari pejabat dengan selamat.
nasib baik sempat "copy" semua fail yang aku dah download sebelum tu.
kemudian menutup suis lampu utama dan mengunci pintu dan ya!! aku berjaya keluar dari pejabat dengan selamat.
nasib baik sempat "copy" semua fail yang aku dah download sebelum tu.
Jumaat, Mei 14, 2010
neglected
semalam ada orang tegur kenapa aku dah lama tak menulis dalam blog ni.
aish....aku dah terlebih membelai "this and that" sampai mengabaikan blog ni. aku pun dah tak tak ada idea nak sumbat dalam blog ni.
cuma sekarang yang boleh aku beritahu ialah aku dalam misi untuk berhijrah ke tempat baru. cuma setakat ini belum ada apa-apa isyarat lagi. request dah lama dah.

Langgan:
Catatan (Atom)