Sabtu, Oktober 24, 2009

"lori!!!!"

kejadian berlaku berbelas tahun lepas. masa itu kami sekeluarga ligat berpiknik di sungai tua. aku selaku hantu air, pastilah tidak melepaskan peluang berendam puas-puas dalam sungai. apalagi setakat setengah jam saja dan itupun bermain-main rendam kaki di tebing, baik main air kat singki bilik air saja.

ketika itu aku, kakak aku dan abang aku sedang berendam dekat-dekat dengan batu yang melintang tengah-tengah sungai. sedang seronok-seronok berendam sambil bermesra antara adik beradik, tiba-tiba abang aku menjerit sambil menuding ke arah belakang aku.

"ZEHAANNN!!! LORIII!!!!!!!"

aku bingkas menoleh ke belakang dengan muka cemas dan bersedia untuk menyelamatkan diri, sebelum aku tersedar yang aku bukan berada di tengah jalan raya.

tak guna punya abang. mentang-mentanglah aku ni jenis cepat terpengaruh.

2 ulasan: