Jumaat, Jun 05, 2009

serangan si hitam kuning

"eh ewahh pempuan ni selamba ayam saja langgar
kumpulan kita! mau mati ka??!!" - lebah (gambar dicilok dari
sini)

aku berjalan laju keluar dari bangunan pejabat. hampir sampai di pagar, berhampiran pokok-pokok palma tinggi, kelihatan sekumpulan serangga berterbangan. luas juga kawasan liputan dia. membawa ke tembok. walaupun aku bercermin mata, aku tetap tak dapat mengenal pasti jenis serangga yang berterbangan ganas itu. dengan tenang aku berjalan melanggar kumpulan serangga tersebut, sebab kebetulan di atas jalan itu terdapat kumpulan semut pula berkeliaran, aku ajaib melihat pergerakan semut-semut itu sangat pantas dan cergas. baik, aku terasa badan aku dilanggar-langgar oleh serangga kecil tapi kelihatan padat dan kuat itu. di atas jalan, terdapat juga beberapa ekor yang merangkak-rangkak. aku memperlahankan langkah, dan mengamati serangga tersebut. hurm, badannya berbelang hitam kuning. "comel," aku memuji, sedang sekumpulan yang sedang terbang rakus melanggar-langgar badan aku. jenis terbang huru hara.

belang hitam kuning, hurmm....belang hitam kuning. huh! lebah rupanya! cepat-cepat aku berpaling dan keluar dari kawasan tawanan mereka. mujur tak kena sengat barang secucuk dua. aku bergegas keluar dari kawasan pejabat dan mengadu pada pengawal. "ada kena sengat ka?" pengawal berbangsa india itu bertanya. "takde. nasib baik tak kena," aku menjawab tenang-tenang panik. sesampai saja di kereta, aku terus masuk. dan tiba-tiba kelihatan bayang-bayang lebah-lebah tadi berterbangan di atas kereta. ramai. aku mula rasa cuak. rasa macam lebah-lebah itu berterbangan dalam kereta, padahal bayang mereka saja. lepas beberapa saat berlegar di sekeliling kereta, lebah-lebah itu kembali ke tempat mula-mula mereka berlegar. lega.

lepas tu baru perasan rupanya aku tak bawa dompet sekali.

Khamis, Jun 04, 2009

ah, masih gabra lagi

hari ini, selesai tugas aku mengerjakan newsletter yang ditugaskan sejak dua bulan lepas. setelah memuaskan nafsu klien, menukar itu dan ini, bos aku memeriksa untuk kali terakhir segala teks yang ada. ambik, banyak pula yang tak betul. siap ada tertinggal maklumat juga. selesai pemeriksaan, aku dengan pantas dan teliti melebih-lebih membuat segala pembetulan.

bos keluar, tinggallah aku dengan pencetak (kawan-kawan bos juga). setelah CD dibakar, aku memeriksa untuk memastikan tiada sebarang masalah. celaka. ada juga. terlupa "adjust" kedudukan teks lepas ada pembetulan baru yang aku buat. baik, "package" semula dan bakar. ah, ada lagi. dasar sengal. ok, sudah dibetulkan, "package" kan semula dan bakar untuk kali ketiga. huh!

tapi aku masih berasa gementar (rujuk sini untuk sebab). walaupun sepatutnya aku berasa lega kerana kerja selesai, tapi aku tetap gementar, selagi tak tengok hasil. kemudian pembekal button badge telefon, kata tempahan dah siap. gementar tadi menjadi pakej berganda.

kemudian bos masuk. aku sampaikan pesan dari pembekal. kemudian dia duduk di meja sebelah aku. aku memandang "mock-up" yang terletak di meja itu. "kenapa?" bos tanya. aku diam. "ada silap? tu adalah yang silap tu kalau dah buat muka terkejut macam tu," heh, nampaknya bos dah kenal sangat muka-buat-silap-tapi-takut-nak-cakap aku. "bukan, tapi tak bolehlah nak tengok benda ("mock-up") ni depan mata. boleh sorok sikit tak?" aku menjawab jujur sambil menyumbatkan "mock-up" itu dalam laci berisi kertas kitar semula. padahal, aku juga masih risaukan hasil newsletter itu, walaupun dah periksa habis-habis. lagi sikit aku mau panggil polis, tentera dan pelbagai pertubuhan keselamatan lagi untuk memeriksa newsletter itu, jangan ada kesilapan lagi.

hish, dah jam 7 malam. apa kejadahnya tak balik lagi. dahlah awal gila aku sampai pejabat hari ni! ciao! nak beli abc makan kat rumah.

Rabu, Jun 03, 2009

donat oh bulat-bulat

heh! selain ayam goreng, donat adalah "kuih" kegemaran minum petang-petang aku juga. (ya, ayam goreng bukan kuih, aku tau). tambah-tambah yang ada topping kaler-kaler dan berperisa di atas. tapi donat yang mak aku bikin tetap nombor satu dihati. lagi-lagi kalau beliau terlebih rajin cairkan coklat untuk tuang atas donat. huh, memang tak makan nasi lah aku satu hari tu. asyik mencekik donat saja.

pernah dengar krispy kreme? alah, donat mat saleh yang terkenal tu. sampai dalam facebook pun kita boleh bagi-bagi kat orang. tapi tengok sajalah, tak boleh makan. semalam bos belanja makan donat tu. itulah aku mau buat ulasan sikit.


"donat krispy kreme sedap tapi agak muak." - pemakan
gambar cilok dari
sini

berbanding big apple dan j.co, donat krispy kreme ini memang kalau jenis gigit tu lembut-lembut rapuh. cair di mulut. memang seksi. penuh mulut. memang dia punya rasa tu, menjalar ke seluruh lidah. menggetar jiwa. tekstur donat bila digigit ada seperti kek digabung dengan roti. padat, tapi sangat lembut dan rapuh. ada rasa vanilla juga. yang original glazed saja sudah begitu nikmat, apatah lagi yang bertopping itu ini siap ada "sprinkles" seperti gambar di atas? memang asyik. aku sampai terberhenti sekejap dari bikin kerja semalam.

tapi.

j.co dan big apple, jenis yang kau boleh makan berbiji-biji tanpa rasa bersalah, atau tanpa mengenal erti muak. siap rasa nak lagi dan lagi. sedang krispy kreme ini pula, bila kau sedang menikmati kunyahan kedua ke atas, mula ada rasa macam minyak-minyak. macam digoreng guna minyak yang diguna untuk menggoreng pisang. kalau kau jenis yang tak peduli tentang kiraan gula dalam darah, atau jenis tekak kebal tak tau rasa muak, boleh lah makan 4 biji sekali harung. sebab donat ini jenis manis dan lemak. itu yang bikin muak. donat pertama masuk perut, tenang lagi. selang sejam, aku makan yang kedua, jenis yang sama, cuma topping coklat. gigit memang asyik. tapi terus rasa muak. jenis kena makan perlahan-lahan. kalau laju-laju, mandi muntah keyboard komputer aku nanti.

walaubagaimanapun, kepada penggemar-penggemar donat seperti aku, silalah mencuba sendiri donat krispy kreme ini. harga aku tak boleh bagi ulasan sebab bukan aku yang beli. tapi rasa campur tekstur boleh lah dapat 4 bintang. itupun sebab cepat muak. kalau tak, 5 bintang selamba saja aku bagi. tapi, lidah masing-masing, sendiri nilaikanlah. cuma kalau dari aspek mengunyah itu, kunyah krispy kreme lebih puas dari kunyah big apple atau j.co.

terima kasih

kepada yang sudi mengikut cerita merapu saya. saya sangat menghargai kesudian anda membaca repek-repek saya.

akan datang, ulasan tentang donat. sekarang tak boleh. mengantuk sangat.

Isnin, Jun 01, 2009

nyawanya mustahil diselamatkan, lalu bunuh sajalah.

gambar dicilok dari sini

55 ekor ikan paus terdampar yang gagal dikembalikan ke laut lepas ditembak mati. 55 ekor. boleh tahan besar jumlah itu. iyalah, ikan paus sendiri pun besar-besar. keadaan ikan-ikan sangat letih lagi lesu akibat usaha membawa diri sendiri ke laut gagal. mungkin kerana kekurangan oksigen. sudah dibantu juga gagal. penamatnya, dibunuh 35 ekor. lagi 20 ekor mati sendiri.

kasihan, barangkali ikan-ikan paus itu sangat berharap untuk kembali ke laut. kembali bercanda bersama teman-teman, keluarga malah mungkin kekasih, atau juga anak-anak. tapi hairan, sudah dikembalikan ke laut lepas, ia naik semula ke pantai. apa maunya ikan-ikan ini? mau berhijrahkah? atau ada apa-apakah di dalam laut itu yang membuat ikan paus itu tidak ingin berada di dalamnya lagi? merajuk barangkali?

mungkin ia tidak mau meninggalkan saudara mara yang masih terdampar di pantai. tapi taukah kau wahai ikan, mereka sedang menunggu giliran? kalau kau bersabar sedikit, mungkin kau dapat bersama semula di laut lepas, mengulangi kenangan lama dan menciptakan yang baru.

atau mungkinkah sebenarnya ia hendak digantikan dengan spesis paus yang baru? yang lebih kuat, lebih bijak?

mungkin.

isnin yang isnin

pagi tadi aku bersemangat (buat-buat) ke pejabat. dengan tidak bersarapan, takut terlewat (konon-konon). memandu dengan mata hampir lelap, tapi sengaja buat-buat segar. panas betul pagi tadi. seiring dengan mata yang pedih-pedih, kepala juga rasa melayang. simptom biasa tidur tak puas. rasa macam mau singgah kedai minyak beli bijirin sarapan, tapi fikir-fikir, baik simpan duit itu untuk makan tengahari.

sampai pejabat, aku melangkah laju dengan selitan huyung hayang akibat kepala tidak stabil. memang satu keindahan luar biasa kalau pagi isnin aku masih terbaring di katil melayan mimpi-mimpi tak berapa indah. punyalah panas pagi tadi, masuk saja ke pejabat, aku terus menghidupkan pendingin hawa. langsung tak rasa. hidupkan lagi satu. tenang sedikit liang-liang peluh aku. kalau tidak, peluh keluar bagai diperah-perah. bertakung-takung pada bingkai cermin mata. ish, kenapa ym aku tidak terlog masuk ni? buka pula mozilla, langsung tak dapat apa-apa. rupanya modem rosak. aku mengalah, lalu melelapkan mata sebentar. tak berapa sebentarlah, boleh tahan lama juga. masa tidur mana boleh tengok jam. 10 minit kot (bangun lelap, bangun lelap). ah, tak boleh jadi. mengantuk jenis ini boleh menyebabkan aku tergolek dari kerusi, dan mungkin akan mengakibatkan kecederaan. lalu aku membancuh nescafe segera.

dalam jam 12 tengahari, bos menelefon. dia datang dengan klien katanya.

setengah jam selepas itu, separuh hari aku di pejabat habis melayan kehendak klien. lupa sebentar pada kekosongan hidup pada hari isnin ini. hari isnin, diparahkan lagi dengan ketiadaan line internet. ah, entah apa nasib aku hari ini.

isnin + tak ada internet + klien datang = T_T

nasib baik bos belanja mi goreng mamak dengan air 100 plus. ^_^

Jumaat, Mei 29, 2009

lemau

pagi ini entah kenapa aku berasa macam loya. ini mesti pasal kueyteow sup tak sedap malam tadi. ish, ada pula kueyteow dikawankan dengan sup. mujur ada ayam sebagai penyejuk hati. kepala pula ada rasa-rasa macam mau demam. mata macam pedih-pedih.

semalam dengarnya klien akan hantar maklumat serta gambar-gambar untuk dimuatkan dalam newsletter. sampai petang aku tunggu tiada khabar berita langsung. kalau tidak, hari ini aku boleh bercuti sekejap dari memblog, kerana tekun bekerja menyiapkan newsletter itu. tapi hari ini juga tiada bayang benda yang dijanjikan itu. lalu aku terpaksa berblog.

kalau petang ini baru dapat, nampaknya sabtu dan ahad terpaksalah aku menghabiskan masa berkualiti di pejabat.