Selasa, Ogos 31, 2010

shopping

heh, mentang-mentang semalam baru dapat duit upah dari seorang kawan, hari ini aku pergi shopping. habis RM50. beli selendang 2 helai, satu anak tudung, kerongsang chunky dan penyangkut tudung. pantang ada duit saja aku ni.

Khamis, Ogos 26, 2010

sibuk

sejak dua menjak ni kerja aku sangat sibuk. aku memegang dua jawatan sekaligus, editor dan designer.

sebagai editor, aku kerap dipanggil bermesyuarat tentang isi majalah. meeting bukan sekejap-sekejap, kena lama. banyak hasil yg didapati hasil dari bermesyuarat tadi. bertimbun-timbun idea baru keluar. bos gembira, aku pun senang hati sebab otak aku akhirnya berfungsi dengan baik dan aku juga sudah hampir pulih dari rasa "useless" yang membelenggu hidup aku.

tapi sebagai designer, bila masanya aku nak buat semua idea-idea yang dikeluarkan ketika aku membawa watak editor tadi? baru nak buat kena panggil meeting lagi, tak pun ada idea baru keluar.

masih tak pandai multitasking lagi nampaknya ni.

Selasa, Ogos 24, 2010

Isnin, Ogos 23, 2010

lagu gembira

dah tentulah lagu yang dimainkan oleh jam "punch card" setiap kali tepat pukul 6.

Ahad, Ogos 22, 2010

old age

aku suka lagu ni. suka sangat. tapi lagu ni tak siap. sepatutnya masuk dalam album nevermind tapi sebab kurt tak dapat siapkan lirik, lagipun dah nak "deadline" jadi lagu ni tak dapat masuk. kurt ada bagi lagu ni dekat hole, tapi lirik dah ubah lepas tu courtney nyanyi tak sedap, tak ada jiwa tak macam kurt nyanyi, walaupun lirik main "mumble" saja. aku paling suka lagu ni main masa aku tengah memandu. rasa macam tengah memandu dalam filem, lepas tu lagu ni jadi soundtrack untuk scene tu, lepas tu terus main sampai kat kredit filem. bukan main lagi berangan. tapi lagu kalaulah lirik dia siap, finalised....

Jumaat, Ogos 20, 2010

a fifth of beethoven

lagu symphony no. 5 oleh beethoven adalah lagu beethoven yang paling aku suka. sebab cara muzik tu dimainkan, fuh, bergetar jiwa. tapi hari ini aku terdengar versi disco oleh walter murphy and the big apple band. sama level. tidak syak lagi!

mengantuk

bulan-bulan puasa ni tak elok tidur lewat sampai dekat 1 pagi baru nak tidur. rugi. nanti nak bangun sahur dah pukul 5. dalam 4 ke 5 jam saja tidur. lain la kalau esoknya hari cuti.