Ahad, April 30, 2017

Xanax

Aku pun
tak tahulah.

Selama ni

aku cintakan kau

atau sekadar anxiety aku.

Hati aku terasa kabur
mungkin Xanax buat aku waras

Bukan sekadar daripada anxiety

tapi juga daripada perasaan terhadap kau.


Sial, dia padam semua sekali.

Selasa, Februari 28, 2017

Hari Ahad

Kami berpakat
mahu berjumpa.

Aku mahu mengetahui kisahnya
yang malas dia ceritakan secara teks.

Kami berjumpa
barang dua jam.

Aku menemuinya
dengan perasaan cinta
yang telah luput.

Berbual tanpa debaran cinta

Bertentang mata tanpa debaran cinta

Kami berpisah
dan ucapkan selamat tinggal.

Aku ucapkan tahniah pada diri
kerana perasaanku telah pergi.

Tapi, babi.

Namanya ku sebut-sebut kembali.

Sabtu, September 03, 2016

Mati

Hari ini
Aku mengenang
Kawan-kawan
Yang telah pergi

Syahril

Nick

Rasfan

Kemudian,
Aku teringat dia

Dia yang hidup lagi

Tapi seakan telah mati.

Selasa, Jun 07, 2016

Hospital

It feels like you're dead. 
And you're alone. In your grave.

The nurses and the doctors 
are like those two angels
Who ask what you've done 
and bring you bad news

Again and again.
Leaving you hoping and counting on the days
To the day you can finally leave.

You have people around you
Just like in the graveyard.
But you're alone. They're alone.
And they have visitors coming in and out.
Praying for them. Spending time with them.
And you're alone.

Your face lights up 
When you see someone familiar comes
Praying for you. Spending time with you.
Talking to you.

But that's only for a short while 

As they leave, you wilt in your smile 
They say goodbye. You say thank you.

Your heart dims, for you know
You're left alone again.
With the angels,
with your fellow dead neighbours.

And that must've been how the dead feels
Alone in their grave
Without the thoughts
From the people
Whom they thought had cared.

(Written during the time I was warded for dengue)

Sabtu, Mei 14, 2016

Asshole

Malam ini, seperti biasa,
aku bekerja.

Dan aku berharap kau akan telefon


         Paling tidak, chat.



                       Dekat Whatsapp.




                  Atau FB,


                                   paling tidak.



             AKU RINDU KAU.



                      Tahu tak?


                                         Asshole.

Selasa, Jun 17, 2014

Mimpi Sepi

Hari ini aku merasa sunyi
Yang benar, sejak lewat beberapa hari
Tapi hari ini, sepi itu kian menusuk
Kian merenggut setiap nadi uratku

Sepi kenapa?

Rindukan dia?
Dia yang tak peduli?
Dia yang tak tahu malah tak mengerti
Rasa yang terbina dalam jiwa?

Mengapa?

Mengapa tegar kau memegang erat tangannya?
Mengapa tegar kau genggam kuat jemarinya
Sedang kau sendiri tak pasti
Apakah dia akan membalas genggaman
Jemarimu itu?

Oh, tak pasti. Kerana tak pasti.

Kerana itu kau teguh berharap
Itu yang terjadi
Dia menggenggam jemarimu semula
Malah dengan kedua belah tangannya?

Di suatu hari nanti?

Yang tak pasti itu mimpi
Tapi yang pasti itu....
Ah, aku sendiri kaget 
Gusar, bimbang dibunuh realiti yang pasti
Maka itu, aku terus bermimpi.


Rabu, Mei 14, 2014

Engkau

Engkau itu orangnya tinggi
Wajah tidak setampan putera dari Pahang itu,
tetapi manis lagi menyenangkan mata.
Engkau itu orangnya diam, garang
Tapi senang sekali diajak bicara
Kadang-kala engkau keanak-anakan
Tapi sikap dewasamu begitu meyakinkan
Engkau tampak tidak peduli
tapi mungkin engkau menatangku dalam hati
Mungkin juga tidak.

Mungkin, mungkin, mungkin.

Pandangan matamu itu melemahkan,
malah bikin aku berasa cantik sekali
Aku seperti dipeluk erat
Serasa ada selaput hangat 
yang melindungiku dari bahaya
tiap kali engkau memandangku.

Engkau, engkau, engkau.

Barangkali engkau tak tahu
Tapi mungkin juga engkau sedar
Atau juga mendengar batinku menjerit
Memanggil namamu, menyeru jiwamu dalam perit
Perit menahan rindu, menanggung beban cinta
yang tak bisa terungkap

Jika engkau tahu, 
hari-hari adalah peperangan bagiku
Jika engkau tahu,
dalam hati ini tidak aman
kerana engkau, kerana cinta, kerana rindu
Dan jika engkau tahu
apakah engkau akan datang
dan menyamankan aku dengan tanganmu
dengan pujukan suaramu
dengan matamu yang melemahkan?

Tapi engkau.

Engkau tak mungkin aku miliki
Sedang jiwa aku memberontak, sakit
Apakah cinta tak mengerti atau aku yang tidak peduli?

Tapi engkau.

Engkau selalu di hati
Meski hatimu tak bisa aku curi
Meski kau tak mampu aku miliki.

Jay Harun|9 Mei 2014