Rabu, Februari 02, 2011
midnight poison, dior
oh ya, inilah commercial untuk midnight poison, dior arahan wong kar wai. sungguh biru! kelas, kan? ha, nak beli juga la tu! :D
anugerah untuk diri sendiri
pathetic sungguh bunyi, kan?
tapi itulah, kalau bukan diri sendiri yang bagi, siapa lagi? hadiah apa, ya? dah tentulah perfume. takkan hadiahkan diri sendiri ayam goreng. jadinya, kebetulan ada dua botol perfume yang dah tunggu masa saja nak pencen, dan kebetulan pula dapat bonus, apa lagi, cepat hadiahkan diri sendiri untuk segala kerja keras selama ini. dan perfume ini pula memang dah lama aku usha. aku peminat perfume vintage. padahal masa tengah in dulu, benci pula dengan baunya. ya lah, masa tu kecil lagi, mana tau erti sebotol perfume. so, perfume idaman adalah...........
midnight poison dan forever and ever oleh dior. kedua-duanya mempunyai notes yang memang aku suka. oleh itu, sebagai menghargai kerja keras aku sendiri selama ini, alah, bukan selalu pun, dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana bonus yang diberi bos, dan setelah segala bil-bil dah dilangsaikan, maka aku dengan penuh terharu akan memesan dua perfume ini dari the beautyholics sebab murah. ini akan menjadi pembelian kedua aku dari laman web ini. sebab? sebab aku sangat berpuas hati dengan produk dia.
okay, sekarang nak tidur, nak mimpi pakai minyak wangi ni jalan-jalan dengan jejaka kacak.
tapi itulah, kalau bukan diri sendiri yang bagi, siapa lagi? hadiah apa, ya? dah tentulah perfume. takkan hadiahkan diri sendiri ayam goreng. jadinya, kebetulan ada dua botol perfume yang dah tunggu masa saja nak pencen, dan kebetulan pula dapat bonus, apa lagi, cepat hadiahkan diri sendiri untuk segala kerja keras selama ini. dan perfume ini pula memang dah lama aku usha. aku peminat perfume vintage. padahal masa tengah in dulu, benci pula dengan baunya. ya lah, masa tu kecil lagi, mana tau erti sebotol perfume. so, perfume idaman adalah...........
midnight poison dan forever and ever oleh dior. kedua-duanya mempunyai notes yang memang aku suka. oleh itu, sebagai menghargai kerja keras aku sendiri selama ini, alah, bukan selalu pun, dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana bonus yang diberi bos, dan setelah segala bil-bil dah dilangsaikan, maka aku dengan penuh terharu akan memesan dua perfume ini dari the beautyholics sebab murah. ini akan menjadi pembelian kedua aku dari laman web ini. sebab? sebab aku sangat berpuas hati dengan produk dia. okay, sekarang nak tidur, nak mimpi pakai minyak wangi ni jalan-jalan dengan jejaka kacak.
Isnin, Januari 31, 2011
seluar polka dot cantik.
dibeli di reject shop. kebetulan seluar tidur macam dah tak ada. lepas tu corak polka dot. aku pula memang suka corak polka dot. yang buat best, kakak aku bayarkan. :D
mug baru. lagi.
pergi seksyen 18 shah alam, sebab kakak ajak. dia bawa anak dia ke klinik. sebab klinik adalah antara tempat paling bosan dalam dunia, aku jalan-jalan. masuk butik avon, tapi tiba-tiba macam segan pula. keluar dan teruskan berjalan sampailah mata aku ternampak mug bersusun atas rak. aku tak tunggu lama. terus masuk dan tiba-tiba aku dah berdiri di kaunter dan bayar. taklah. aku pilih-pilih juga. habis satu kedai tu aku pusing dan beli sedikit buah tangan untuk anak-anak. dan akhirnya dua mug yang bertuah berjaya dibawa pulang.
mug starbucks tu yang diambil dari bentuk gelas kertas starbucks itu masa hampir selesai baru ternampak. sebab ia sangat cool aku pun beli. yang warna merah itu pula sebab sangat comel, walaupun kakak aku kata sama macam yang ada di rumah, tapi sebenarnya ia sangat, sangat berbeza.
ini yang sebelah lain mug starbucks itu. cool, kan?
lepas itu baru aku tersedar, koleksi mug aku dah makin bertambah. tiba-tiba aku macam pening kepala.
mug starbucks tu yang diambil dari bentuk gelas kertas starbucks itu masa hampir selesai baru ternampak. sebab ia sangat cool aku pun beli. yang warna merah itu pula sebab sangat comel, walaupun kakak aku kata sama macam yang ada di rumah, tapi sebenarnya ia sangat, sangat berbeza.
ini yang sebelah lain mug starbucks itu. cool, kan? lepas itu baru aku tersedar, koleksi mug aku dah makin bertambah. tiba-tiba aku macam pening kepala.
makan di ikea
orang pergi ikea beli perabot, kita datang semata-mata nak makan.
cadangan asal sebenarnya nak tengok wayang, tapi entah macammana jadi "brisk-walking" pula. lagipun dah lama aku tak berjalan-jalan. asyik rumah-pejabat-rumah. kalau berjalan pun, dengan ahli keluarga. makanya hari sabtu lalu itu aku bertungkus-lumus berjalan, dari ikea ke the curve ke street market ke the curve dan ikano. tapi sebelum itu, kami alaskan perut di ikea dulu, aku pula baru-baru saja bersarapan sebelum bertolak. dan alhamdulillah, dibelanja.
almondy daim yang sungguh seksi!
barisan sandwich yang juga seksi. kalau lapar sangat memang tangan ni laju saja mencapai.
satu hari nanti nak makan ini pula.
muffin yang kelihatan sangat sedap. tapi sebab tak lapar sangat.
kami berkongsi 15 bebola daging. aku tak lalu sebenarnya makan dengan jem krenberi itu, tapi okay, aku selalu menilai tanpa mencuba. sedap rupanya.
dan almondy daim tadi. ternyata seksi.

dan almondy daim tadi. ternyata seksi.kemudian kami ke Daiso, kedai yang aku sangkakan kedai hardware. rupanya ia kedai cool yang menjual pelbagai barangan Jepun. aku beli pouch bunga-bunga dan sekotak pensel yang sangat sempoi. Nanti nak pergi lagi dan beli sesuatu dari street market di the curve dan daiso lagi. parah.
Ahad, Januari 23, 2011
when you think it's over.
it's not, actually. never, to be exact.
okay, aku cakap pasal panic attack, atau mungkin juga sejenis penyakit was-was, atau OCD. entahlah, aku pun tak pasti. dah banyak kali juga aku mengomplen pasal ni dalam entri-entri yang lepas. tapi yang pasti, penyakit gementar setiap kali hantar artwork untuk dicetak, tetap ada, walaupun tak seteruk dulu, dan walaupun kadang-kadang ia tak menyerang.
bongok betul. bila entah nak hilang. ni apa pula benda ketul-ketul kat dalam kerongkong ni.

Langgan:
Catatan (Atom)