Isnin, Januari 10, 2011

black

terus terang aku tak pernah ikut perkembangan dia masa dalam mentor dulu. malah aku menganggap dia sebagai "pathetic youngster who tries to make himself big by becoming a singer". lagi pula masa dia menangis-nangis mengenangkan betapa orang mengutuk-ngutuk dia dan dia ingin membuka mata orang-orang yang mengutuknya dengan berjaya sebagai penyanyi. masa tu dalam hati aku cuma "gila pathetic!"

kemudian dia muncul juara. kemudian lagu-lagu alunannya mula berkumandang di radio-radio. cis, sedap pula suara dia. akhirnya aku mengaku yang suaranya memang istimewa, dengan keupayaannya menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi dengan muka selamba tak perlu bersusah-payah kerut-kerut muka.

aku mula jatuh cinta. dan persembahannya dalam AJL25 malam tadi, membuat aku akur dengan kehebatannya. cara dia membawa lagu sofea jane memang cukup meremangkan bulu roma. emosinya terasa di dalam suaranya. tak boleh jadi, aku kena mengaku aku minat dia. dan aku bukan senang-senang nak minat penyanyi lelaki tempatan. anuar zain dan faizal tahir yang menjadi pujaan wanita bertahun-tahun tu pun aku langsung tak berkenan. tapi kenapa dia tak menang? vokal terbaik ke apa ke. ceh!



harus lagu ni aku buat "lullaby".

Isnin, Januari 03, 2011

gara-gara jenayah

kelmarin (ahad), semasa dalam perjalanan pulang dari rumah makcik di kuala lumpur, ketika melalui lebuh raya petaling jaya jika tidak silap, kelihatan seorang lelaki tua dalam lingkungan 60-an, tetapi masih agak tegap, berbangsa India mungkin, sedang "hitch-hiking". jam menunjukkan 11.49 malam. tapi tiada siapa berhenti. bas sudah tentu tiada. aku pula sedang agak laju di lorong tengah. tiba-tiba rasa simpati menyelit di hati.

tetapi.

perbuatan menumpangkan lelaki itu mungkin berisiko tinggi. dengan kadar jenayah rompakan yang semakin aktif dengan pelbagai taktik yang kreatif dan licik, lelaki tadi mungkin satu ancaman buat orang yang membantu. mana tahu ada geng-geng lain sedang menanti habuan sebaik sahaja terdapat kereta yang berhenti. atau mungkin juga lelaki itu perompak persendirian, yang akan bertindak selepas kereta bergerak laju meninggalkan perhentian tersebut. walaupun dia mengepit suratkhabar, siapa tahu kalau-kalau di dalam kocek seluarnya tersimpan pisau, atau mungkin juga pistol? nah, tak pasal-pasal nanti kita ditimpa kecelakaan. terus membenci pepatah "buat baik, dibalas baik".

tetapi.

bagaimana kalau lelaki itu benar-benar memerlukan bantuan? benar-benar mengharapkan ada kereta yang sudi menumpangkannya untuk pulang ke rumah, ke pangkuan keluarga, dan seterusnya enak tidur di atas katil empuk tanpa resah dan runsing? bagaimana pula kalau dia terpaksa bermalam di perhentian bas itu, terdedah dengan segala macam bahaya?

gara-gara jenayah, yang ingin membantu terpaksa mementingkan diri. yang memerlukan bantuan terpaksa terkial-kial menyerah nasib kepada takdir. kalau yang ingin membantu itu mempunyai bekal pertahanan diri yang cukup tidak mengapa. kalau langsung tidak? sebagai perempuan, yang memandu cuma bertemankan ibu yang sudah tua, aku tidak berani menanggung risiko. walaupun pada mulanya aku yang bersimpati lebih ingin menumpangkan lelaki itu kalau aku terperasan kelibatnya lebih awal.

"biarlah polis saja yang membantunya," kata mak.

Sabtu, Januari 01, 2011

sebab iCity cuma di belakang rumah

jadi aku tak perlu sibuk-sibuk ke sana dan terpaksa menyelit dicelahan orang ramai yang bersesak-sesak nak menyambut tahun baru. cuma perlu berdiri di tepi lebuh raya dan rakam apa-apa yang patut.



nasib baik aku rekod video. kalau tak mesti aku kena upload gambar banyak-banyak.

notakakiayam: kesalan tak terhingga kerana ada bahagian bunga api yang sangat cantik, ingatkan aku rakam, rupanya tak. dah la lama pula tu. cis!

Ahad, Disember 26, 2010

makan malam

hari ini mak tak ada. ke kuantan, rombongan pengantin. jadi, memandangkan di rumah cuma tinggal aku dan abah, dan adik, maka amatlah tidak bermakna kalau memasak nasi beserta lauk pauk dua tiga jenis.

jadi, lepas bangun tidur hampir tengahari tadi, aku mengikut kakak sekeluarga ke jusco. dalam kepala dah "setting" makan malam nak makan fish & chips. senang, tak renyah macam makan nasi.

agak bersungguh-sungguh juga aku sediakan makan malam ni.

sebenarnya aku terlupa pasal kentang goreng, tapi nasib baik kakak aku beli prosperity burger untuk abah, tapi sebab abah dah makan tengahari, makanya burger tu tak berusik. terus aku curi "curly fries" tu buat side dish fish fillet tu.

jadi, inilah dia. jumlah keseluruhan makan malam untuk malam ni, filet ikan tu beli jenama ramly pasal murah sikit, harga RM10.99 untuk 4 keping, salad beli yang genting garden punya, RM6.99 sepeket, mayonis beli yang paket jimat, RM1.00. bolehlah. tapi kalau hari-hari makan, boleh terus makan biskut kering untuk 3 minggu seterusnya. umm..biskut gula la sedap sikit. yang pentingnya, abah suka. abah memang suka makanan ringkas macam ni, tekak orang putih la senang cakap. nak sediakan pun tak leceh.

tapi, tak kiralah masak orang putih ke, masak orang melayu ke, cuma yang aku perasan, tak ada yang lebih gembira selain sediakan makanan untuk abah, dan dia sangat menyukainya.

sepatutnya aku jadi tukang masak kot.

Jumaat, Disember 24, 2010

Selasa, Disember 14, 2010

pernafasan yang melegakan

ahhh...kerja semua dah selesai (untuk bulan ni). meja pun dah berjaya kemas. kepala otak aku rasa semacam lapangnya.

semalam balik awal. sepanjang perjalanan pulang memandu bersendirian ditemani abang michael, abang kurt, kak mariska, adik paloma dan beberapa lagi, aku hampir menitiskan air mata kerana terlalu gembira dapat pulang awal.

terus malamnya aku terbeli seluar jeans dan blaus baru.

Ahad, Disember 12, 2010

..........

kalau tak ada apa-apa nak cerita, baik jangan pos langsung kan?