Rabu, Januari 27, 2010

wishlist: clarks' artisan collection (diamond sparkle)


imej dari clarks shoes

dah lama benar aku usha kasut ni. tapi mahal lah! demmit!

gemuk/kecil sedikit?

tadi sepupu mak singgah rumah. mula-mula cuma di pintu. aku menyapa untuk bersalam. macam biasa, dia mengepak lengan sambil menyebut""sihat" nampak!" aku sengih. macam biasa. biarlah sihat, dari aku terkedang atas katil tak mampu berbuat apa-apa.

pelik. aku rasa macam dah kecil sedikit kesan dari diet duit dan makan. ke aku dah mula berhalusinasi kesan dari diet duit dan makan?

Sabtu, Januari 23, 2010

promise

"i'm sorry. i really am. it's the stupidest mistake i made to treat you the way i did. please, let's get back together. i need you. i can't live without you. i promise, i'll never treat you bad. i promise!"

silence.

"okay."

"really? so we're together now?"

"in the next reincarnation, and if i was still an idiot!!"

Jumaat, Januari 22, 2010

my job

i love my job. i really do love my job! the stress, the pressure, the fucked up.....

Khamis, Januari 21, 2010

amuk

mak mengamuk lagi. setelah sekian lama perasaan marah yang bertimbun dalam dada tak dapat dikompreskan lagi. macam biasa, marah pasal anak-anak yang tak reti nak kurangkan beban kerja di rumah. aku bukan nak cakap besar atau nak tunjuk baik, tapi aku yang selalu tolong selesaikan kerja-kerja tu sebab aku tau amukan yang akan terjadi dan siapa sasarannya.

aku.

tadi mak mengamuk dengan dahsyat. habis segala barang dihumban ke dalam sinki. pisau, sudu, tupperware (benda-benda tak mudah pecah) sambil mulut menjerit-jerit luah rasa marah. aku dan mak selalu sengaja biarkan pinggan tak berbasuh, kain tak berlipat, sengaja nak tengok siapa yang ambil peduli untuk selesaikan. sudahnya kami juga.

tapi tadi aku lalai. aku menghadap internet, sebab seingat aku pinggan mangkuk semua aku dah setelkan sebelum aku tenggelam di alam maya. tiba-tiba saja terdengar amukan mak. aku tau siapa punya kerja makan tak reti nak kemas dan basuh pinggan. senang jadi lelaki kan? macam OKU. tak mampu buat apa-apa. semua orang buatkan. samalah macam perempuan mengandung yang terlampau mengikut rentak mood mengandung.

tapi macam biasa, aku tak terkesan pun dengan amukan mak. dah lali barangkali. bukan barangkali, memang dah lali sangat. kalau kena tampar sekalipun aku tak terasa hati. sebab setiap kali mak marah dengan anak-anak lain, yang jadi punca kepenatan dia, aku yang terima akibat. aku yang kena maki, aku yang kena tengking. dari kecil lagi. mau tak lali? memanglah amukan tu dituju pada aku juga, tapi, tak salah kalau mak terus saja sembur kat muka anak-anak lain. ini tak, dah sembur puas-puas kat aku, dengan anak lain jadi manis muka. sebab tu mereka tak tahu yang mak sebenarnya bengang dengan mereka. kalau mak mengamuk depan mereka pun, mereka cuma kata, "tu la kau. duduk saja di rumah ni. cuba tolong-tolong sikit." nah, aku lagi dapat nama. mak tak mau cakap lepas dengan mereka sebab takut nanti mereka kecil hati, tak mau jejak kaki lagi di rumah. patutlah tuhan takdirkan aku bekerja sebagai pereka grafik. aku ini tahan maki.

aku cuma kecil hati kenapa aku jadi sasaran walaupun bukan salah aku. bukan anak-anak aku yang buat mak penat. agaknya muka aku ini memang buat mak rasa sedap-sedap saja nak maki.

Rabu, Januari 13, 2010

inspired

sekian lama aku teringin nak buat ilustrasi. yang ringkas-ringkas, ada bau-bau perancis sikit. dan akhirnya aku terjumpa stail ni dari blog oh joy! oh joy! ni memang selalu hidang benda-benda menarik yang buat aku tergedik-gedik nak dan berangan itu ini.


pemilik ilustrasi ini ialah caroline, asal dari new york dan bekerja sebagai pereka tekstil. kalau nak tengok lebih lagi hasil karya dia, sila tengok di itlooksgoodtome. ciao!!

Ahad, Januari 10, 2010

cukai pendapatan

ok, aku tak tau bagaimana cukai pendapatan ini berfungsi, apa tujuan dia dan dari mana datangnya.

hari tu kami sekeluarga menonton jangan lupa lirik dan bercerita tentang wang yang berjaya dimenangi peserta. kemudian aku dapat tau yang LHDN akan datang menuntut sebahagian dari wang yang dimenangi untuk cukai. ya, kalau bergaji lebih RM2500 ke atas akan dikenakan cukai juga.

yang aku tak faham, untuk apa cukai itu dikenakan. fikirkan, kita bekerja seteruk-teruknya, kadang-kadang sampai tak pulang ke rumah, tak berjumpa ahli keluarga, lupakan masa untuk berlibur demi mendapatkan pendapatan yang cukup untuk menampung keluarga, tapi dengan mudahnya hasil titik peluh, mungkin juga bercampur dengan titik air mata, dituntut untuk dibayar sebagai cukai, kadang-kadang bukan sedikit, mungkin untuk pembangunan negara.

tapi, kalau untuk pembangunan ekonomi negara, kenapa aku tengok negara macam makin miskin saja? kenapa aku tak rasa macam semua rakyat hidup dengan senyuman dibibir, malah lebih ramai yang hidup dengan muka yang keruh dan dahi yang berkerut?