Ahad, Januari 10, 2010

1 Malaysia?

pertama kali PM hebohkan benda ini aku rasa kelucuan menggeletek hati. kenapa?

sebab aku rasa setiap PM yang naik (masa aku boleh faham keadaan politik negara) semuanya nak keluar dengan idea perpaduan terbaik yang mereka boleh keluarkan. islam hadhari lah, 1 malaysia lah itu lah ini lah. what the hell kata orang putih.

1 malaysia. aku rasa tak ramai rakyat malaysia faham. aku percaya berapa ramai agaknya yang gelak berguling atau garu-garu kepala depan tv atau ketika membaca akhbar tentang berita itu. aku sendiri pun pening-pening. tak taulah mungkin aku bodoh agaknya. "what the hell is this?" tanya aku dengan kabur-kabur lucu.

beginilah. 1 malaysia ini pada perkiraan aku memang bagus untuk membuka sempadan perkauman yang masih menebal lagi dijiwa segelintir rakyat malaysia. tapi 1 malaysia itu tidak boleh meruntuhkan tembok/sempadan/penghadang/pintu/whatsoever dalam masa sekejap saja sebab perasaan perkauman itu memang tebal. tak perlulah ada yang menyangkal kenyataan aku ini sebab aku sendiri pernah jadi mangsa perkauman (aku percaya anda juga ada yang pernah mengalami. sakit bukan?). dia punya ketebalan itu, jenis yang kena ditarah sikit-sikit, tak boleh main letup macam itu saja. masalahnya sekarang, kita cuba mentarahkan tembok kita, tapi ada pula yang lagi tebalkan tembok. ah, tiba-tiba aku rasa keliru dengan "keharmonian hidup bermasyarakat" yang dibanggakan oleh pemimpin-pemimpin kita.

tapi apa yang sebenarnya aku rasa kelakar ialah, kita gagal dalam menyatukan bahasa. tengok indonesia, semua rakyat dia mesti menguasai bahasa indonesia. tak kira bangsa apa pun. tapi kita? kita cakap bahasa melayu dengan bangsa lain pun mereka tak faham, mereka cakap bahasa melayu lagi lah kita tak faham. kadang-kadang aku kesian dengan bangsa bukan melayu. mereka sedaya upaya bercakap bahasa melayu tapi hakikatnya, kita tak boleh nak tangkap apa yang mereka cakapkan. kalau yang masing-masing boleh faham pun, bahasa inggeris, itupun tak semua boleh kuasai. masalahnya kalau bahasa komunikasi kita yang senang diguna ialah bahasa inggeris, jadi kita ini rakyat negara mana? oh, mungkin kita adalah rakyat britain, sebab segala undang-undang, sistem pendidikan pun menggunakan sistem yang digariskan oleh kerajaan britain. maksudnya, kita bukanlah merdeka pun sebenarnya. ibaratnya, syarikat kita yang dulunya dikuasai oleh pesaing, tapi akhirnya dikembalikan, dengan syarat, segala sistem pengurusan kena mengikut garis panduan pesaing. tak boleh ikut garis panduan sendiri. kalau tak, syarikat akan ditarik balik. jadi dimana "malaysia"nya kita?

antara rakyat juga tak boleh bertolak ansur. tak perlu jauh-jauh, di atas jalan saja sudah penuh contoh-contoh terbaik. sombong sesama sendiri. kalau yang berkereta besar itu bertingkat-tingkat sombongnya. kalau kita bersalah, lalu kita meminta maaf, lagi diherdiknya. 1 malaysia kah ini? kalau langsung tak boleh bertoleransi. kaum yang kuat menindas kaum yang lemah. kaum yang lemah cuma tau menyalahkan nasib dan mengharapkan orang membela. padahal diri sendiri yang bodoh tak mahu berubah. tau perlu berubah, tapi mahu orang ubahkan. cis, pergi terjun sungailah! ibarat dah tau ada burung akan berak di kepalanya, tapi sengaja tak mau berganjak, nak harap orang lain selamatkan kepala dia dari najis burung.

1 malaysia satu motto untuk bersatu. tapi dikalangan pemimpin sendiri pun susah mau duduk semeja berbincang baik-baik. aku sendiri tak faham, apa dua perdana menteri selepas tun mahathir ni nak bikin sebenarnya. aku tengok makin teruk saja keadaan negara. cuma beria-ia mengeluarkan slogan terbaik yang agak-agak boleh bikin rakyat kagum. membela nasib rakyat? semakin hari aku rasa semakin tersepit, terhimpit dan tercekik untuk hidup. tak ada sehari pun berlalu tanpa aku memikirkan sehingga berkerut-kerut dahi bagaimana nak menampung kos kehidupan yang semakin meningkat, dengan gaji yang tak setimpal dengan kos sara hidup sekarang. yang makin senang, orang-orang yang di atas. entah apa yang mereka lupa sebenarnya dalam asas membangun negara.

sudahlah, berhentilah berselisih pendapat. cuba duduk sama-sama fikirkan jalan terbaik untuk mengharmonikan negara. bukan sibuk kata "aku terbaik, kau sampah!" "aku tolong banyak, kau cakap saja lebih!" aku rasa pemimpin-pemimpin sepatutnya orang dewasa yang berfikiran terbuka, bukannya kanak-kanak. kanak-kanak pun lagi matang.

Rabu, Disember 30, 2009

i single, ok??

semalam pergi giant 13, sebab along nak bawa anak-anak dia gunting rambut sempena kembali ke sekolah minggu depan disamping nak beli barang-barang untuk sambutan hari lahir anak dia yang sulung hari khamis nanti (kononnya). memandang kami bergerak dari rumah agak lambat, iaitu dalam jam 9.oo malam, maka sampai saja di sana aku suruh semua gegas-gegas jalan sebab kalau kedai kwik-cut itu tutup, maka adalah sia-sia saja aku korbankan waktu mandi aku.

aku berjalan laju, tak padan dengaan tulang belakang yang cacat ini. pusing saja ke belakang, cis! aku seorang saja rupanya! entah mana pula along aku dan anak-anaknya terkandas. sedang aku memanjang-manjangkan leher mencari kelibat mereka, tiba-tiba seorang penjual apa entah, benda untuk kuruskan badan, datang kat aku, dan mempromosikan pemeriksaan kadar lemak, jisim badan dan sebagainya. aku pula nak kejarkan kedai gunting rambut itu.

aku keberatan untuk melakukan pemeriksaan itu, lalu aku menolak dengan baik sambil masih menjengah mencari kelibat along aku anak beranak.

si penjual itu masih memujuk aku untuk membuat pemeriksaan, walaupun menyedari aku memang nak cepat. melihatkan aku teragak-agak, dan terjengah-terjengah, dia pun berkata:

"tak apa, sekejap je. ajak la abangnya sekali," kata beliau dengan yakin.

"saya datang dengan kakak saya kak, bukan dengan abang!" kata aku, dalam hati.

Isnin, Disember 28, 2009

AC di mana???

dalam jam 8 malam lebih tadi aku tukar-tukar saluran astro, nak tengok rancangan apa yang sedap-sedap mata memandang. tapi terberenti dekat rancangan AC pula. oh, tetamunya adalah siti tiga beradik. lepas tu ada tiga pelajar lelaki yang adalah ahli pasukan sorak lelaki.

jadi aku pun melekat kat rancangan tersebut, sebab AC kata mereka akan buat persembahan pasukan sorak. aku teringin juga nak tengok pasukan sorak lelaki beraksi, mesti macam "peh!" gila.

kecewa. rupanya semua jenis mat lembut belaka. persembahan mereka? aku rasa pasukan sorak perempuan buat lagi terbaik. ala-ala bersorak suara garau, tapi pergerakan, huahhh!!!!! tertekan aku menonton!

Selasa, Disember 15, 2009

dear daddy..

i am sorry for being such a bad kid. i tried hard to make you proud, but when i failed, i blamed you.

dad, i know how much you have done for me. and how you have been so patient to deal with me. but it's too bad when i can't be as patient as you, that i've been harsh to you.

dear dad, i don't mean to be like that. it's just that i can't stand when people don't understand. but deep in my heart, i know i love you very much, more than everything in the world, that i would die to defend you from any harm, but i don't know why the harms come from me.

dear dad, i'm sorry you have this bitch for a daughter. but please know that, you are the best father, the best man i have ever met in my life. for this i promise that, if there were no other man who came in my life that can treat you right, i swear i will never be with him.

daddy, i know i'm not a good kid, but i do love you. i really do love you. if i had all the money in the world, i would give everything you ask for.

i L.O.V.E you.

Jumaat, Disember 11, 2009

tata!!!

aha!! esok pagi aku akan berangkat ke kedah untuk menghadiri majlis kahwin sepupu aku disamping membuang masa dan berehat-rehat sambil terkinja-kinja menyambut cuti yg agak panjang. YEEEEEHAAAAAAAAAAAAA!!!!

jadi adalah dengan ini aku akan offline selama 4 hari 3 malam. harap anda tidak merindui saya.

hahahah!!! macamlah tak biasa aku senyap berbulan-bulan. hahahahhahahahaha!!!!

WOOOHHHH!!!! SATU HAPE TAK PACK LAGI NIHHH!!!!!

Selasa, November 24, 2009

paloma faith

bulan lepas aku saja-saja singgah di MTV. program apa ye........tak ingat pula. tapi masa itu ada seorang penyanyi perempuan ni, artis baru. tengok persembahan, stage presentation dia kira menarik juga. stail vintage, stail yang memang "in" dengan aku. lagu dia juga menangkap di telinga. sejak itu aku terus jatuh cinta. lagu dia semua memang menarik. nah, ini lagu yang aku dengar hari tu. do you want the truth or something beautiful. lagu-lagu lain yang aku boleh rekemen dengar (mengikut citarasa telinga aku) ialah upside down, play on, my legs are weak, new york dan stargazer. cubalah. aku rasa paloma faith ni lagi menarik dari duffy. duffy pun entah mana pergi. tau-tau hilang saja.

Ahad, November 22, 2009

with all due respects...

kepada semua penyinggah blog ini, pengikut dan sebagainya.

maaf banyak-banyak kerana blog ini makin sepi dan lonely. kepada pengikut baru, terima kasih kerana sudi mengikut.

saya sedang bergelut dengan konflik kehidupan, lalu ia telah menghilangkan mood untuk bercerita, dan walaupun saya ada cerita, tapi konflik itu membuat saya menjadi malas, lalu lebih baik saya berkebun saja di facebook, atau mendownload lagu atau menonton movie di youtube.

nantilah bila saya telah berjaya mengumpul segala semangat hidup yang telah pun bersepah di merata-rata, yang saya pun tak tau mana cicirnya, saya akan kembali menulis. eh, menaip. mungkin dengan cerita yang lebih berisi, dan diselangi dengan repek-repek.

nafsu menaip saya telah merudum kebelakangan ini. harap anda semua bersabar dan tidak meng"apedah" saya yang lemah tidak berdaya ini.

L.O.V.E,
jay.