Selasa, November 24, 2009

paloma faith

bulan lepas aku saja-saja singgah di MTV. program apa ye........tak ingat pula. tapi masa itu ada seorang penyanyi perempuan ni, artis baru. tengok persembahan, stage presentation dia kira menarik juga. stail vintage, stail yang memang "in" dengan aku. lagu dia juga menangkap di telinga. sejak itu aku terus jatuh cinta. lagu dia semua memang menarik. nah, ini lagu yang aku dengar hari tu. do you want the truth or something beautiful. lagu-lagu lain yang aku boleh rekemen dengar (mengikut citarasa telinga aku) ialah upside down, play on, my legs are weak, new york dan stargazer. cubalah. aku rasa paloma faith ni lagi menarik dari duffy. duffy pun entah mana pergi. tau-tau hilang saja.

Ahad, November 22, 2009

with all due respects...

kepada semua penyinggah blog ini, pengikut dan sebagainya.

maaf banyak-banyak kerana blog ini makin sepi dan lonely. kepada pengikut baru, terima kasih kerana sudi mengikut.

saya sedang bergelut dengan konflik kehidupan, lalu ia telah menghilangkan mood untuk bercerita, dan walaupun saya ada cerita, tapi konflik itu membuat saya menjadi malas, lalu lebih baik saya berkebun saja di facebook, atau mendownload lagu atau menonton movie di youtube.

nantilah bila saya telah berjaya mengumpul segala semangat hidup yang telah pun bersepah di merata-rata, yang saya pun tak tau mana cicirnya, saya akan kembali menulis. eh, menaip. mungkin dengan cerita yang lebih berisi, dan diselangi dengan repek-repek.

nafsu menaip saya telah merudum kebelakangan ini. harap anda semua bersabar dan tidak meng"apedah" saya yang lemah tidak berdaya ini.

L.O.V.E,
jay.

Sabtu, Oktober 24, 2009

"lori!!!!"

kejadian berlaku berbelas tahun lepas. masa itu kami sekeluarga ligat berpiknik di sungai tua. aku selaku hantu air, pastilah tidak melepaskan peluang berendam puas-puas dalam sungai. apalagi setakat setengah jam saja dan itupun bermain-main rendam kaki di tebing, baik main air kat singki bilik air saja.

ketika itu aku, kakak aku dan abang aku sedang berendam dekat-dekat dengan batu yang melintang tengah-tengah sungai. sedang seronok-seronok berendam sambil bermesra antara adik beradik, tiba-tiba abang aku menjerit sambil menuding ke arah belakang aku.

"ZEHAANNN!!! LORIII!!!!!!!"

aku bingkas menoleh ke belakang dengan muka cemas dan bersedia untuk menyelamatkan diri, sebelum aku tersedar yang aku bukan berada di tengah jalan raya.

tak guna punya abang. mentang-mentanglah aku ni jenis cepat terpengaruh.

Khamis, Oktober 22, 2009

snickers, aiskrim mcd atau auntie annie's?

mengidam benda-benda manis pula. mana satu nak pilih ya? kalau bedal tiga-tiga sekali boleh tak?

Rabu, Oktober 21, 2009

27

dan masih tak punya apa-apa. selain tulang belakang yang cedera. cih!

Isnin, Oktober 19, 2009

numb

what would you do
when you have lost the passion, but you still have to do it?

what would you do
when you don't want to be there, but you have to stay?

what would you say
if you were assigned to do something, but deep in your heart, you know you don't want to?

how would you feel
if you are desperate to say no, but instead you said yes?

where would you go
if you feel that there is nowhere left to go?

what would you think
when you are a pathetic, but you stayed for the sake of others?

what would it be
when you have no feelings for everything?

is it a sign, when all you want to do is close your eyes?

is it a sign, when all you want to do is lie down?

is it a sign, when all you want to give is an empty stare?

and hoping to disappear?

Khamis, Oktober 08, 2009

selamat tinggal

ingat lagi cerita pasal kasut kuning aku tu?

hari isnin baru ini aku memakai kasut itu ke pejabat tanpa stokin. ok pula, tidak melecet sana sini.

tapi masalahnya, kasut itu tak berapa mau "expand" sejajar dengan "expansion" kaki kala berdiri. dia jadi seperti menyekat kebebasan kaki untuk mengembang lalu memberi tekanan pada kaki aku. proportion kasut dengan kaki pun jadi tak betul. malam ketika sampai di rumah, hujung "peep toe" itu mula membuat hirisan nipis pada kulit ibu jari kaki. aku tak mampu berkompromi lagi. aku sudah cukup bersabar.

aku masuk ke rumah, mengusung kasut itu terus ke dapur. menuju ke arah tong sampah dan ya, selamat tinggal. kasut tak guna!