Ahad, April 05, 2009

yang lebih bermakna

aku ada komputer. komputer itu telah berusia hampir 7 tahun. dalamannya memang sudah boleh dianggap artifak sejarah. bagaimanapun, ia masih boleh berfungsi. sekadar dengar lagu, menonton filem (VCD saja) dan memindah fail. kalau untuk bekerja itu, aku tak berapa nak yakin sangat. sehinggalah satu hari, aku rimas melihat komputer itu tersadai tanpa mampu berbuat apa-apa. ibarat membela biawak hidup. hanya mengumpul habuk, dan menyemakkan ruang. ya, aku ingin komputer itu bekerja semula. dan terfikir untuk menaiktaraf unit pemprosesnya.

tapi.........

lebih baik aku beli komputer riba terus. di samping menjimatkan ruang, ia juga boleh disimpan di dalam almari. dan tidak mengumpul habuk, malah boleh dibawa ke sana sini. pendek kata, banyaklah keistimewaannya. manakala, kalau aku terus menaiktaraf komputer lama itu, bilik aku akan terus sesak begitu juga, habuk kian banyak terkumpul, dan menyakitkan mata aku memandang. lagipula tak boleh dibawa ke mana-mana. dan potensi dia untuk terus terbiar agak tinggi juga. lagipun unit pemprosesnya akan terus terperap di bawah kompartment kecil di bawah meja, di mana tiada aliran udara. mungkin akan meletup nanti. dan menambahkan kerja-kerja pembersihan.

jadi, rasanya aku dah tau apa yang perlu dilakukan.

Rabu, April 01, 2009

kau cerita apa ini?

petang tadi aku pulang dengan menaiki teksi (sampai ke stesen komuter saja!). niat asal nak naik bas (dan berjimat pasal semalam pun aku ke stesen dengan teksi juga), tapi hari ni badan rasa semacam. mata, mulut rasa kering, di samping leher, bahu (depan dan belakang) gatal-gatal. ah, alahan apa pula ini? ada sedikit seperti beruk keadaan aku di perhentian bas tadi. huru hara tudung aku jadinya. aku menahan teksi, tapi hati masih berharap adalah kelibat bas, sebab pemandu teksi tu mahu caj aku sebanyak RM10! cilakak betul! ada meter tak mahu pakai, tapi sibuk pasang kenapa? alasan, jalan sesak, nanti dia balik susah. wah, perasaan ingin mencarut membuak-buak dalam dada, dan bergentayangan di hujung lidah minta diucapkan. tapi memikirkan keadaan aku yang dah hampir tak tentu arah di situ, aku setujukan saja. cit! sepanjang perjalanan ke stesen komuter lancar sahaja. hatta depan the summit yang terkenal sesak itu pun, tenang saja. sesak memang sesak, tapi tak adalah sampai bikin panas, tapi pemandu itu yang bikin panas. rasa mahu saja aku jerut leher dia dengan tali beg aku ini. tapi kira ok juga, dia hantar sampai depan pintu stesen.

hari ini komuter tak berapa sesak. walaupun tak dapat duduk (kalau ada pun, aku tak mahu pasal sehari suntuk duduk di pejabat), tapi sekurang-kurangnya ada ruang udara untuk aku bernafas lega.

ah, kenapa aku rasa hidup aku tidak bermotif dua, tiga hari ni? entah apa motif aku menaip entri ini malam ini pun aku tak tahu. ah! serabut!

aku kini terdiri daripada sandwich mentega kacang dan jem strawberi

sebab hari-hari sarapan dan makan tengah hari aku adalah sandwich itu. jem tukar-tukar, tapi padanan terbaik untuk mentega kacang adalah jem strawberi. ya, aku tak kisah walau dipadankan dengan jem buah-buahan campuran atau raspberi, tapi tidak kalau dipadankan dengan marmalad oren. oh, langsung tak masuk! masuklah juga dalam perut, tapi dari segi keserasian rasanya, tidak begitu menggiurkan, ibarat memakan ubi rebus pekena dengan air sirap. ya, mentega kacang "chunky" pun boleh tahan juga, walaupun menambahkan kerja-kerja mengunyah, dan menyusahkan kerja-kerja menyapu pada roti, tapi ia menambah keterujaan, kerana bunyi krup krap yang terhasil tatkala makan. bosan? tidak juga. kerana sandwich ini paling mudah disediakan, dan tahap kekenyangan pun boleh tahan juga. dan boleh dimakan tanpa perhatian, dan secara main-main, seperti memakan ayam goreng. tidak seperti nasi campur atau kueytiaw tomyam, mereka memerlukan fokus dan komitmen untuk dihabiskan. kalau tidak, bersepah berjejeran di sana-sini.

notakakiayam: aku sekarang sudah kembali pada tomyam (yang menjadi ketagihan aku suatu masa dulu). tapi tak bermakna ketagihan pada ayam goreng telah pulih. cuma sekarang ia dapat dikawal.

Isnin, Mac 30, 2009

bertenanglah hati

wah, banyak pulak post aku ini hari ya?

begini, sudah beberapa bulan, aku kuat semangat menonton filem-filem seram (pasal dah jarang ikut, atau mungkin dah terlampau disogokkan dengan cerita-cerita sebegitu di tv). kiranya ibarat menonton filem cinta yang standardlah. adalah terkejut-kejut tu, tapi taklah sampai aku terpelanting ke belakang macam dulu. dan malam tadi, astro kirana menayang filem pocong 2. aku menonton sambil menaip blog-blog untuk dipost ke laman maya. alah, filem itu dah aku tonton, dah tau pun jalan cerita. cuma mak dan abah aku saja yang belum pernah menonton. cis, agak goyang juga aku menonton cerita itu. mulalah rasa tak stabil nih. tapi buat-buat tabah, lagipun aku tidak fokus sepenuhnya pada filem itu, cuma bila ada adegan-adegan menarik saja baru aku tengok, sambil mempromosi pada mak dan abah. mereka pun boleh tahan goyang juga. jam 12 lebih filem itu tamat. abah telah pun tidur di depan tv (pasal cucu sulungnya tidur di bilik dengan neneknya). mak juga telah tidur. lampu semua telah dipadamkan. aku teruskan dengan blog-blog aku di laman maya dalam gelap hingga hampir 1.30 pagi, baru aku matikan komputer.

sedang aku menunggu komputer itu padam sepenuhnya, tiba-tiba terdengar lolongan yang sayup, bermula dari tona rendah, membawa ke tona tinggi dan berakhir dengan jeritan. aduhhh..jiwa sanubari aku kala itu.....memang goyang. jantung aku serta merta berdegup kencang, sehingga aku terpaksa memegang dinding supaya aku tak rebah di celah-celah meja komputer. kemudian abah bingkas bangun, dan bertanya "apa itu?" pada aku. aku menjawab dengan suara yang dipaksa bernada tenang, "mak mengigau kot!" maklumlah, orang tua itu baru menonton filem seram. tentulah sikit banyak mengganggu minda bawah sedar beliau. dan abah terus menerpa dalam bilik. aku pula terus ke dapur membasuh cawan dengan debaran masih bersisa. serta merta aku rasa seram yang semacam, yang dah lama aku tak rasa. masuk saja ke bilik, cepat-cepat aku capai mp3 player aku. aku tak ingin lagi dengar jeritan serupa tadi berulang lantas mengganggu tidur aku akibat degupan jantung yang terlampau laju.

ai, sudahlah gelap, dengar pulak jeritan semacam itu. walaupun aku tau dari mana punca jeritan itu, tapi gabungan jeritan itu dengan suasana malam benar-benar menjadi! letih rasanya sementara menunggu mata lelap tapi terpaksa tahan debaran di dada. oh, aku masih lemah semangat rupanya.

alah

apa ada dengan lauk kenduri kahwin? begitu juga dengan lauk pauk di hari raya? kedua-dua masakan di kedua-dua upacara ini, selalu menyerang sistem penghadaman aku. sebab itu aku malas benar bila tiba hari raya (biasanya pagi raya aku makan roti, kalau nak "grand" sikit makan bijirin sarapan, tengahari baru lauk raya, dan malam, mungkin roti, mungkin mi segera), dan juga ke kenduri kahwin (nak makan pun takut-takut. sudahlah kena berbaju kurung, panas lagi, berair-air ketiak dibuatnya!). sebabnya, lauk pauk yang disediakan itu, biasa membuat aku diserang sakit perut dan terus membawa ke cirit birit. pernah beberapa bulan lepas, aku ke kenduri seorang rakan sekolah, sedang makan-makan itu, tiba-tiba ada sedikit "shot" dalam perut. terus aku berhenti makan. dan esoknya, terlantar aku. seminggu jugalah nak hilang sakit. ah, bahan apa yang aku alah dalam masakan-masakan terbabit? dan akibat makan kenduri semalam, hari ini aku diserang sakit perut lagi, padahal aku telah mengambil dalam kuantiti yang sedikit, kira kalau orang tengok, tak padanlah dengan badan aku ni. pasti dituduh diet untuk kurus kononnya. tidak! saya menjaga keselamatan sistem penghadaman saya!

dan sekarang di pejabat, aku rasa perut aku sangat tak selesa. mungkin lain kali aku perlu membawa bekal bila ke kenduri perkahwinan saudara mara dan rakan taulan.......huh!

ah, dah lama tak begini

sebenarnya sudah hendak tidur, tapi, ah, apalah salahnya membuang barang seminit dua untuk menulis sesuatu buat sahabat aku yang seorang ini. kami bersahabat sudah 9 tahun. dia sudah faham aku, aku juga sudah faham dia, tapi cuma dia seorang yang boleh membaca aku, sampai sudah aku tak berjaya membaca dia. malam kelmarin (28 Mac) aku bermalam di rumahnya. rumah sewa saja, tapi, rasanya sudah lama aku tak merepek-repek bersama dia begitu. dan malam itu, kami berpeluang merepek-repek sebelum tidur, seperti di zaman memeras otak, mengancing gigi dulu. cuma rasanya tidak lengkap ahli-ahli merepek ini. tapi tak apalah.

aku bermalam di rumah dia sebab kami akan bergerak ke melaka dari daerah damansara itu. setelah puas merepek, entah bila masa kami tertidur. jam 7 pagi esoknya, jam penggera aku (dari henfon saja) menjerit-jerit. "oh, berilah masa lagi lima minit!" lantas aku lengahkan masa penggera itu. sebaik sahaja aku melelapkan mata, tiba-tiba, "krongg!! krongg!! prangg!!" bunyi seperti sesuatu roboh dan pecah. "oh, cepat benar aku bermimpi!" lantas aku membuka mata. dan aku melihat kosong sahaja di dinding yang aku hadap itu. dan sahabat aku ini bingkas bangun. "ah, roboh pula "stand" penyangkut baju aku ini! aii.." seraya membetulkan kembali kedudukan "stand" itu. oh, roboh rupanya. ingatkan aku bermimpi. dan aku pun bingkas membantu apa yang patut. yang penting selamatkan dulu baju kurung dan tudung yang telah aku gosok semalamnya. dan sahabat aku menyuruh aku mandi dahulu sementara dia cuba membetulkan "stand" tersebut. gagal. sebab terpaksa alihkan pakaian semua ke tempat lain.

jam 8.30 pagi, setelah siap bersolek lawa-lawa (bolehlah) kami segera ke kedai minyak berdekatan, mengisi minyak dan angin. ah, mujur keluar awal, macam-macam hal ketika mengisi minyak dan angin tayar. selesai semua, kami ke rumah rakan lagi seorang, untuk berkonvoi bersama. selesai sarapan, kami pun bergerak. aku memandu sepanjang jalan ke melaka. sepanjang perjalanan, kami menceritakan keperitan dan kesengalan serta kelucuan hidup masing-masing. dan itulah pertama kali aku bersua dengan anak lelaki sulung geng merepek kami yang lagi seorang, ah, comel benar. tak puas bermain dengan si kecil itu tadi. sampai di rumah pengantin, biasalah, makan, bergambar, bersalam dengan pengantin, kami pun pulang. rakan konvoi kami ingin berjalan-jalan sekitar melaka. tapi kami memutuskan untuk pulang. tak apalah, redah saja. bukannya kami buta huruf tak tahu membaca tanda jalan.

pulang ke kuala lumpur pun masih aku yang memandu. di RnR ayer keroh, kami mengisi minyak. eh, macam nampak cik didot! tapi seperti terkocoh-kocoh benar. tak apalah. aku pun teruskan misi mengisi minyak. dan sepanjang jalan itu, kami merepek-repek lagi. walaupun aku dah mula mengantuk (sehingga tersalah jalan selepas tol sungai besi), tapi aku rasa puas dan seronok kerana dapat meluangkan banyak masa dengan sahabat aku yang seorang ini. dan ini pertama kali aku memandu sejauh ini berdua dengan dia. tidak, bukan begitu, kami adalah sahabat baik. janganlah fikir yang bukan-bukan!

terima kasih dak sebab percaya aku memandu kereta kau sejauh ini, walaupun hampir kemalangan sebab aku terkhayal kejap di selekoh yang tak berapa tajam. lain kali kita berkereta dengan kereta aku ya! (entahlah bila..) je t'adore, ma amie!

notakakiayam: terbaik punya anak aku ini langsung tak lapor pada mak abah bila bertolak pergi dan balik. lupa pulak!

Ahad, Mac 29, 2009

echo park launching - kutuk dan puji

28 Mac, 2009. Sabtu

"nur, kau nak keluar petang kan? jaga budak-budak kejap. mak nak keluar lepas zohor karang," mak aku memerintah sambil mengejutkan aku dari tidur. "aaa...ok...ok....." aku jawab ala-ala mamai. sambung tidur balik barang seminit dua, lalu bangun semula dan mencapai telefon (tangan). "hello, dak....launching itu jam berapa? oh, jam 4. oo..mak aku suruh jaga budak-budak la...ye...aku nak join, tapi aku lambat sikit la..kau pergi la dengan haper dulu..aa..ok..ok.." tapi entah macammana hampir jam 2 mereka sudah tercongok di depan rumah. lalala!!! mujur kakak ipar aku sampai tepat pada masanya. servis (menjaga budak-budak) bertukar tangan. aku pun apa lagi, terus bungkus kain baju (sebab nak bermalam di rumah rakan di damansara, esok hendak ke melaka, menyibuk di persandingan rakan sekelas), dan bersegera mandi.

kemudian kami pun bertolak ke SACC Mall. aku dipelawa memandu kereta rakan aku. oh, sedap juga memandu viva ini. sampai saja di destinasi, kami pun terus ke tempat pelancaran. oh, sudah ramai juga. kami berdiri di luar pagar yang seperti tali pinggang keledar itu. apa entah namanya. kemudian dari jauh kelihatan kelibat seorang rakan yang tidak disukai, terus saja masuk ke dalam premis Echo Park (milik Azan Addin dan rakan kongsinya) tanpa segan silu lagi, dan terus bergaul mesra dengan para artis di dalam. kami bertiga sangat meluat ya! (cemburu? oh tolonglah!) sementara menunggu pelancaran bermula, seorang lelaki berbadan besar dan tinggi tiba-tiba merangkak di bawah pagar "tali pinggang keledar" itu. menyapa seorang kawan perempuan dan mempersilakan masuk. oh, rupanya beliau tak tahu bagaimana hendak menanggalkan "lock" pagar tersebut. lalu aku dengan murah hati (sebenarnya agak pelik juga beliau tak tahu menggunakan benda alah itu) menolong menanggalkan "lock" tersebut dan memasang kembali. berapa kali daa dia keluar masuk, dan tak pasal-pasal aku menjadi tukang buka pagar. kali terakhir dia tahu menanggalkan "lock", tapi tak tau nak pasang kembali. cit! apa punya jurugegas ni! dan kemudian pelancaran pun bermula dan diserikan dengan persembahan artis seperti Pot Radiostar, satu band baru entah apa entah namanya, Altimet (ketika persembahan beliau, rakan tak disukai bersungguh-sungguh menari bersama artis-artis di dalam. oh, poyo sekali! sudahlah tidak bertegur sapa dengan kami, rakan sekelas yang banyak membantu masa belajar dulu. tidak, bukan mengungkit, tapi sekurang-kurangnya kenanglah budi, kami tidak mengenakan bayaran pun!) dan ditutup oleh Ruffedge sendiri. kemudian kami semua dipersilakan masuk oleh tuan kedai.

tapi entah di mana silapnya, tiba-tiba kami dihalang oleh seorang perempuan ini, entahlah apa jawatannya dalam majlis itu. "untuk press saja dik! sila keluar. awak tak dibenarkan masuk!" sambil menolak kami keluar. mentang-mentanglah kami tak berpakaian lawa-lawa dan muka tak diwarnai dengan alat mekap setebal-tebalnya. aku tak dengar sangat, tapi aku fahamlah makhluk itu suruh kami keluar. padahal banyak juga makhluk bukan press sudah masuk dalam kedai itu. aku dah agak-agak malu, manakala rakan aku yang berdua itu sudah angin-angin. kami pun keluar dengan rasa tak puas hati, dan memujuk hati dengan berjalan-jalan sekitar pusat beli belah tersebut. dan kembali semula ke echo park, dan masuk secara seludup. hah! dan di dalam itu, kami di sapa oleh rakan yang tidak disukai, "kau orang hendak bergambar dengan siapa ni?" ceh, mentang-mentanglah dia bergaul baik punya dengan artis-artis tersebut, mahu jadi kabel pula! tolonglah! kami hendak melihat-lihat barangan di kedai itu! (ya, memang rakan aku berdua itu mahu bergambar, tapi yang seorang itu memang sudah kenal baik dengan pemilik kedai, jadi, apa nerakanya? (terjemah dari "so, what the hell?")

ketika rakan aku yang seorang sedang mengisi borang keahlian, aku disapa oleh jurugegas yang aku tolong bukakan pagar tadi. bersungguh-sungguh dia mengucap terima kasih, dan menghadiahi aku sebiji kek cawan. ah, terharu dan segan juga aku jadinya. dan rakan lagi seorang selamba meminta lagi satu (apa nerakanya? dari terbuang begitu saja!) dan akhirnya kami bertiga mendapat kek cawan tersebut. sedap! dan lelaki itu bertanya kami soalan standard, kerja atau masih belajar? di mana kerja dan umur. ketika ditanya soal umur, kami sudah tersengih-sengih. lalu aku menjawab, "tahun ini kami berusia 27." "oh, 23?" tanya lelaki itu pula. "27!" aku tegaskan. malaslah lah nak rahsia-rahsia umur, macam artis wanita yang poyo (walhal kami juga artis, jadi, apa nerakanya?). dan lelaki itu berkerut. dan meminta kad pengenalan sebagai bukti. kami dengan senang hati menghulurkan kad pengenalan masing-masing. tapi..eh? mana kad pengenalan aku? lalu aku katakan pada lelaki itu, "IC tak adalah, lesen boleh?" (padahal aku dah mula rasa menggelupur, cuba mengingat di mana aku letakkan kad tersebut) dan dia jawab, "boleh, boleh!" setelah mendapat bukti, dia akhirnya menerima kenyataan. dari raut wajahnya, jelas dia tidak percaya. tapi, aku sangat berterima kasih pada dia, kalau tak kerana dia, dah tentu aku ke melaka tanpa membawa dokumen pengenalan diri! (oh, terima kasih abang!) maksudnya juga, sudah seminggu aku bekerja tanpa kad pengenalan dibawa bersama! peh, mujur belum berlepas ke damansara. lalu aku pun pulang ke rumah dan mengambil kad pengenalan. oh, malu benar rasanya!

buat perempuan yang menjaga tetamu (kononnya) dan rakan tak disukai, kami ucapkan "blah la!" dan pada lelaki yang aku tolong bukakan pagar tali pinggang keledar itu, betapa anda sudah membalas pertolongan saya dengan lebih bermakna lagi! terima kasih!