Jumaat, Mei 29, 2009

lemau

pagi ini entah kenapa aku berasa macam loya. ini mesti pasal kueyteow sup tak sedap malam tadi. ish, ada pula kueyteow dikawankan dengan sup. mujur ada ayam sebagai penyejuk hati. kepala pula ada rasa-rasa macam mau demam. mata macam pedih-pedih.

semalam dengarnya klien akan hantar maklumat serta gambar-gambar untuk dimuatkan dalam newsletter. sampai petang aku tunggu tiada khabar berita langsung. kalau tidak, hari ini aku boleh bercuti sekejap dari memblog, kerana tekun bekerja menyiapkan newsletter itu. tapi hari ini juga tiada bayang benda yang dijanjikan itu. lalu aku terpaksa berblog.

kalau petang ini baru dapat, nampaknya sabtu dan ahad terpaksalah aku menghabiskan masa berkualiti di pejabat.

miterpeskwer?

aku sedang dalam perjalanan dari bilik ke ruang depan rumah.

"zehan, macammana mau dapatkan meter persquare?" abah mencelah tiba-tiba. aku yang jenis dyslexic, lambat pikap dan tak faham apa abah cakap terhenti langkah. "hah?" aku membalas pertanyaan. ish, abah tanya benda apa ni? tak pernah dengar pula. "meter persquare. macammana mau kira?" abah mengulang soalan. ish, apa abah ni? "miterpeskwer tu apa benda?" aku bertanya bodoh-bodoh, siap dahi berkerut dan otak bekerja keras mencari apakah "miterpeskwer" itu. sumpah aku tak pernah dengar. "nak kira meter persegi, macammana nak kira baru boleh dapat ukuran dia?" abah ulang soalan berselit terjemahan. "oh! meter persegi ke rupanya?" barulah aku faham. dan seterusnya menyambung, "tanya zehan pula! dah lah orang dapat matematik cukup-cukup makan saja! tanya lah orang lain! ish! manalah orang tau nak kira-kira macam tu!" lainlah kalau abah tanya pasal pelan dan dongakan, memang selamba sajalah aku selesaikan. itulah topik satu-satunya yang aku selalu dapat markah penuh pun. hoho!

Khamis, Mei 28, 2009

bos kembali ke ofis dengan cerita tragis

"jack, you tahu? tadi i tengok kemalangan ngeri di depan MLF," bos memula bicara sebaik melihat aku yang sedang berpura-pura sibuk. hati mula berbisik, "ish, orang tua ni. ni ada nak kenakan aku la tu." aku segera memaling muka ke arah bos. "eksiden apa? benda apa yang berlanggar? kan ke sempit depan MLF tu?" aku bertanya bertubi-tubi. "ini...ada mak budak tu, entah apa dalam kepala dia, reverse kereta, anak dia yang umur 3 tahun ada kat belakang kereta. terusss.......on the spot!" bos bercerita. aku tak tahulah bagaimana keadaan budak itu. yang pastinya, bos aku sendiri pon tak sanggup mau tengok, terus saja dia masuk ke pejabat MLF itu. kemudian, dia menyambung lagi, "ada seorang mamat tu, badan besar, lengan tatu-tatu, pengsan kat situ juga, tak larat mau tengok!" bos tergelak-tergelak. "habis tu mak budak tu macammana? histeria la?" aku bertanya lagi. "meraung-raunglah kat situ, lepas tu pengsan. i terus masuk MLF, nak buat apa pun dah tak boleh. tak sanggup nak tengok," terang bos.

"ish, macammana mak budak tu? takkan tak perasan anak dia tak masuk kereta lagi? kan sepatutnya dia masukkan anak dia dulu, baru dia masuk dan undur kereta?" aku pula membebel-bebel. aku terlupa hakikat bahawa...

"benda dah nak jadi. macam tu lah. semua tak dapat dijangka," jawab bos aku, tenang.

notakakiayam: ini kali kedua aku dengar budak umur 3 tahun kena gilis oleh kereta keluarga sendiri. semoga anak-anak aku dijauhkan dari tragedi begini.

Rabu, Mei 27, 2009

ingin nak melukis.....tapi...

aku suka benar bila tengok kelompok-kelompok manusia yang mengadakan pameran seni atau menyertai sebarang karnival seni seperti RANtai dan mempamerkan hasil karya masing-masing. melonjak-lonjak hati aku ingin turut serta dan menyaksikan hasil karya aku tergantung di dinding-dinding pameran. tak dapat jual pun tak apalah, janji terpamer dan orang dapat melihat dan menghargai. tapi, kalau lukisan macam ini, harapkan nama saja "budak art", tapi lukisan macam haram, nak gantung atas dinding rumah pun buat malu saja.

ini contohnya, finishing aku tak pernah berjaya. rata saja. kalau ada pun memburukkan karya. sudahlah macam lukisan budak-budak.


mungkin aku patut mula lukis atas medium sebenar. bukan dalam komputer. ah, kalau dah malas tu, mengaku sajalah!

menjaja

dua poster di atas ini, yang aku hasilkan tahun lepas, aku kira adalah "design" aku yang terbaik selama aku berkecimpung dalam dunia grafik ni. hasil karya yang dulu-dulu bukan tak bagus (huh, tak malu!) tapi dua hasil di atas ini adalah hasil komposisi menggunakan photoshop (kecuali typo) yang memang aku jarang berkarya setekun ini dalam program itu. aku pula kebetulan tak pernah menghasilkan karya berkenaan kereta atau rally, jadi aku kira ini pencapaian terbaik (sendiri nilaikan). tapi kedua-dua poster ini hasil suka-suka hati saja.

dan sekarang entah kenapa hasil karya aku dah macam sampah pula. tak mau lah tunjuk di sini. malu.

sengaja cari pasal

ya..ya...kau orang boleh lempang aku kalau mau. tapi aku sangat tidak boleh melupakan benda ini buat masa ini. lukisan agak buruk, sebab lukis secara malu-malu.

notakakiayam: aku tidak meraih simpati. tapi kalau ada yang mau hadiahkan aku benda ini... eheh! main-main sajalah!

Selasa, Mei 26, 2009

demam

hasil contengan pagi tadi, masa aku cuba buat-buat rajin depan bos. eh? ada doodle bentuk botol coco chanel lah!

Isnin, Mei 25, 2009

sehelai sepinggang

pagi ini aku bangun lambat, gara-gara mimpi saspens yang aku alami. huh! padahal memang hari-hari pun aku bangun lambat. lalu dalam kemamaian lagi berpeluh-peluh aku mandi. hish, habis pula krim mandian shokubutsu family care anti-bacterial aku ni! lalu aku isikan semula dengan johnson's & johnson's ph5.5 dengan minyak badam. dua jenis krim mandian ini saja yang aku layan, sebab murah dan best! selesai semua, dalam jam 9 aku bersedia untuk bergerak. abah pelawa aku guna kereta sebab kereta adik aku tak digunakan. dia tak tahu kereta itu tengah tekanan perasaan, sebab itu adik aku tak guna kereta dia. dan macam biasa masa itulah abah nak periksa & uji kereta itu. "balik karanglah abah tengok. dah lambat ni!" aku mula merengus. biasalah, pagi yang bercuaca panas bikin semua orang hati panas.

aku memandu ke pejabat sambil abah duduk di sebelah. masuk ke subang jaya, baru teringat dompet tak bawa. ada dalam "beg tangan" yang aku pakai semalam. baru saja aku bercadang mau beli nasi lemak buat makan tengahari. "nah ambil duit abah ni dulu," abah membuat tawaran hebat. "RM10 saja sudahlah abah. cukup untuk tambang sekali," aku memberi anggaran perbelanjaan hari ini. tapi memang tak cukup kalau aku gatal-gatal naik teksi ke stesen komuter, dan membeli aiskrim magnum pula sementara menunggu keretapi. tapi abah gandakan menjadi RM20 pula.

sampai dipejabat, bos membayar pula wang mencetak banner yang aku dahulukan dengan duit aku. berkepuk pula tiba-tiba poket. tapi apa guna kalau tiada kad pengenalan serta lesen memandu percubaan bersama?

Ahad, Mei 24, 2009

dos gardenias/dua bunga gardenia

















gambar diambil dari
www.monrovia.com


Dos Gardenias para tí
Dua bunga gardenia itu untuk kau

Con ellas quiero decir:
yang mana dengannya aku mengatakan

Te quiero, te adoro, mi vida
aku cintakan kau, aku memuja kau, hidupku

Ponle toda tu atención
Jagalah ia

Porque son tu corazón y el mío.

kerana ia adalah hati kau dan aku

Dos gardenias para tí
Dua bunga gardenia itu untuk kau

Que tendrán todo el calor de un beso
dengan semua kehangatan sebuah ciuman

De esos besos que te dí
seperti yang aku berikan pada kau

Y que jamás encontrarás
Ciuman yang takkan dapat kau rasakan

En el calor de otro querer.
dalam dakapan yang lain

A tu lado vivirán y se hablarán
Ia akan hidup disamping kau dan bercakap dengan kau

Como cuando estás conmigo
seperti yang aku lakukan

Y hasta creerás que te dirán:
malah kau akan percaya bila ia katakan pada kau:

Te quiero.
aku cintakan kau

Pero si un atardecer
Tapi andai pada satu lewat petang

Las gardenias de mi amor se mueren

bunga-bunga gardenia itu mati

Es porque han adivinado
itu adalah kerana mereka tahu

Que tu amor me ha traicionado
yang kau telah mengkhianati aku

Porque existe otro querer.
kerana kau telah mencintai yang lain.

lirik dipetik dari sini

notakakiayam: punye la tak ada kerja. lagipula lagu ini aku sangat suka. diterjemah dengan bantuan terjemahan bahasa inggeris. cuba dengar di sini

hari ahad nan indah

pagi tadi aku bangun dengan perasaan berbelah bagi. ah, kenapa pula aku rasa macam hari ini hari isnin? aku rasa macam sepatutnya hari ini aku perlu ke pejabat, tapi macam hari ini hari cuti pun ada juga. lalu aku memaksa diri untuk bangun, ya, semua orang ada di rumah seperti sepatutnya bila hari cuti. untuk memastikan lagi, aku menonton tv (sikit saja) demi memastikan program siaran hari ini memang siaran hari ahad. bagus, memang betul hari ini hari ahad.

tapi apa yang indah sangat? aku ke dapur dan melihat mak aku sedang membasuh sesuatu. dari jauh nampak ketulan putih-putih, maklumlah rabun jauh
. pergi dekat sikit, woah!! ayam!!! lalu aku jadi tak tentu arah sekejap.

"uh..uh...ayam tu nak masak apa mak?" aku bertanya penuh teruja. "goreng cili la. apa lagi," balas mak aku tenang. huuaaahhhh!!!

tengok sendiri lah. indah tak indah makan tengahari aku hari ni. (walaupun gambar di bawah ini bukan aku yang shoot, apatah lagi hasil masakan mak aku. eh tak, kakak ipar aku masak hari ni)

gambar dari cik lotus

Sabtu, Mei 23, 2009

bunga nirwana

dulu masa zaman-zaman pemain piring hitam yang abah beli masih sihat walafiat, aku selalu dengar perempuan ini menyanyi. jenis piring hitam yang kecil. lagu dia boleh tahan sedap, suara dia juga lunak-lunak merdu. jenis menyanyi yang benar-benar melontar suara. biasalah, penyanyi zaman dulu. bukan macam penyanyi sekarang. suara tahan-tahan. susah nak dengar penyanyi yang benar-benar melontar suara macam penyanyi dulu. masa dulu juga aku selalu rakam lagu-lagu dia yang dimain dalam piring hitam ke dalam kaset. tapi lagu ni dengar malam-malam, terutamanya dalam "walkman", boleh tahan seram juga. mari cuba dengar. tak suka tak apa.

Jumaat, Mei 22, 2009

coco..tanpa memikirkan kesesakan kewangan bulan ini

kelmarin, aku baru saja membeli lagi sebotol perfum di yves rocher. padahal awal bulan hari itu baru saja aku beli perfum. baiklah, aku memang ada masalah obses dengan perfum. tapi, baru-baru ini juga, aku gatal-gatal pergi intai website chanel. dan dah lama juga aku perhati perfum bernama coco chanel ini. siang tadi, siap aku buat kajian tentang perfum ini, membaca ulasan. ah! ulasan semua sedap-sedap saja. tak ada yang tak sedap tentang perfum ini. aku tau, aku terlampau rock untuk perfum sesofistikated ini, tapi, entah kenapa aku seperti dipanggil-panggil untuk mendapatkan perfum ini. aku sedang masih dalam pertimbangan.


gambar diambil dari
chanel.com

tengok sajalah botolnya. vintage habis. ah, macam mana ni? patutkah aku beli, atau simpan saja hasrat ini? tapi...kalau beli....kalau kantoi dengan mak dan along aku......potensi telinga berdarah dan hati terguris tu agak tinggi juga. tapi kalau tak beli...........mengganggu dalam mimpi pula....susah benar buat keputusan. itu belum buat keputusan menamatkan zaman bujang lagi. huh!

mimpi ngeri

aku berada di suatu tempat yang asing. seperti kawasan bandar yang baru dibangunkan. tapi ada wajah-wajah yang aku kenal. malah kawan-kawan yang lama tak jumpa pun ada sekali, serta kawan-kawan baru. aku bersama abah. di satu rumah, kami berkumpul ramai-ramai di sebuah meja makan yang panjang. menikmati hidangan. kemudian datang seorang lelaki, menghulurkan kertas kepada setiap yang ada di meja itu.

arrghhh!! ni apa pula kertas soalan matematik ni? siap dah masa kertas itu hendak dikutip semula, baru aku perasan ada beberapa soalan yang aku tertinggal untuk menjawab, dan masa telah tamat.

lalu aku terlewat sangat ke pejabat pagi ini. huh!

Rabu, Mei 20, 2009

gym dan lari

semalam petang aku dipaksa mendaftar untuk percubaan selama 10 hari true fitness. kalau aku rela memberi komitmen di situ, baru lah aku mendaftar untuk bulanan sebanyak RM105 sebulan. tapi hari pertama, yang sepatutnya aku datang pagi, aku gagal menghadirkan diri. bagus gym ni. macam-macam alat ada untuk membentuk otot badan, kalau alat nak bentuk sikap tu malam sikit. dalam mimpi. mana ada.

bagaimanapun aku lebih gemarkan berlari. ya, memang aku dah lama tak lari. kalau anda perasan dalam pos-pos lepas aku berkobar-kobar mencanang aku mau berlari beberapa kilometer sehari. dan hasilnya aku rasa aku layak jadi wakil rakyat. cakap saja lebih. sudah beberapa bulan aku tak berlari. aku suka berlari dari gym sebab berlari lebih bebas, aku dapat lihat alam sepanjang larian. kalau gym, lari laju-laju pun kat situ juga, tak ke mana-mana. aku sudah konsalt sama abah tentang hal gym ini pagi tadi. aku berharap beliau tak izinkan, sebab gym itu kena melabur duit. tapi dia galakkan pula, siap suruh cari gym yang terdekat. cis! bila yang aku nak itu tak bagi, bila yang aku harap dia tak bagi tu, bagi pula.

jadi, aku dah bulatkan tekad (tak bulat betul, ada sikit bujur-bujur) yang aku akan berlari. itu lebih puas. dari terkedap dalam gym. lari-lari setempat.

Selasa, Mei 19, 2009

diet

bulan ni kewangan aku memang macam haram. tak stabil langsung. ibarat kalau aku sakit kronik pun aku tahankan saja tak ke hospital, demi menyimpan wang. lalu aku berazam bulan ini aku mau diet duit. makan bercatu. serba serbi bercatu. kalau perlu makan pun, biarlah kereta saja yang makan. bagus juga, rasanya bulan ini macam dah berkurang ukurlilit pinggang aku. rasanya lah. mungkin ini semua psikologi, demi memotivasikan aku berdiet duit.

tapi apa kes tadi makan tengahari aku bedal ayam goreng kfc?

notakakiayam: sebelum 24hb ni aku berkira-kira nak beli perfum di yves rocher. diskaun hebat untuk ahli. tak sedar-sedar diri lagi tu!

Isnin, Mei 18, 2009

mulut dan otak bersepah

sampai di rumah, ada terbau macam masakan kegemaran aku yang boleh kata hari-hari mak aku masak, ikan sambal. selepas menyimpan segala beg dan sebagainya, aku melangkah ke dapur. wah! penuh semangkuk pyrex..ops, bukan, june rose ikan sambal tersebut. mata yang masih dilekati cermin mata menjengah jauh sedikit dari "foreground". ah! di bahagian latar kelihatan satu pencuci mulut yang boleh kata lama juga mak aku tak sediakan.

"uiii....pucuk paku!!!"

hoh, isyarat bersepah-sepah dari otak ke mulut. BUBUR KACANG lah..bukan pucuk paku. pantang sakit kepala saja, merepek-repek cakap.

selamat pulang sayang!

pagi tadi aku ke HP dengan adik aku. memandangkan dia kerja di kawasan berdekatan, jadi dia taulah bagaimana nak ke sana. cuma dekat-dekat nak sampai tu, aku tunjukkan arah mana patut masuk. hati makin berdebar, penuh keterujaan dan gementar. sampai saja, ambil nombor. tapi memang seronok di situ, ambil nombor, tak sampai dua minit sudah dipanggil. kalau di klinik atau hospital, boleh sembuh la penyakit menunggu giliran.

notebook sudah diambil, aku juga sempat mengambil sekotak klip kertas percuma untuk pelanggan. aku bukan boleh benda-benda menarik yang percuma ni, kadang-kadang aku rasa macam misae pun ada juga, tinggal aku tak makan makanan promosi di pasaraya saja.

petang semalam, aku juga sudah mengemas bilik dan mencuci kipas meja, demi menyambut kepulangan notebook tersayang. tentu dia gembira. ah, rindu benar. meja komputer juga sudah dibersihkan, dan tersusun rapi. tidaklah dia berasa sempit bila duduk di atas meja tu nanti. ah! tak sabar mau pulang ke rumah! aku ingin mengelap badannya yang sudah penuh cap jari itu, biar berkilat semula. ai, gembiranya rasa. terasa seperti sinar kebahagian kembali menerangi hidup aku.

bagaimana pun, aku tak nampak pula encik bahtiar tadi. entah ke mana dia menghilang.

Khamis, Mei 14, 2009

petang yang girang

wah, petang ni sibuk benar aku! setelah tertidur selama hampir 15 minit di depan komputer dalam jam 3 lebih tadi, baru ini lah aku sibuk. kena buat sticker pula. sebelum buat itu, mau konfem sama member kalau-kalau dia boleh cetak malam ini juga. hendak tukar jenis ukuran dari kaki ke inci lagi, "convert" kata orang. ah! masa ini lah telefon bimbit utama aku habis bateri, yang lagi satu asyik pitam-pitam, darah terlebih tinggi agaknya. telefon pejabat pun, asal dail nombor saja piap. langsung tak profesional. menggelupur sekejap. sedang sibuk bersibuk-sibuk itu, ada satu panggilan masuk, dari nombor yang aku tunggu-tunggu sejak dua, tiga hari ini.

"hello, boleh cakap dengan cik zaihan?" si pemanggil bertanya. "aha, saya cakap!" aku bersuara agak girang. "saya bahtiar dari HP (ya aku tau!!)..laptop tu dah siap. jadi boleh la ambil," bahtiar memberi khabar gembira. aku terjerit, tak dapat menahan rasa gembira dihati. "aaa...aaa....lalu...aaaa........ada..apa-apa pembayaran perlu dibuat?" cit, aku sudah mula tergagap-gagap pula. "tiada, kan saya dah cakap hari itu saya mau tolong," bahtiar mengingatkan aku. "aaaaaaaaaa...terima kasih!! terima kasih!! aa..esok..eh...errr...aaaa...bila-bila.....errr....esok ek....aaa...nanti saya ambil! terima kasih! terima kasih banyak-banyak!!" cilakak, sudahlah tergagap, huru hara pula menyusun ayat. tamat saja perbualan, aku terus melompat-lompat tanpa kompromi. ingat-ingatlah sikit ada kerja "urgent" nak kena buat! hish!

oh, abang bahtiar...(hoh, dan dan....)

Selasa, Mei 12, 2009

tak kisahlah kalau kau baru kerja, tapi, fokuslah sikit.

malam semalam, pulang dari kerja aku terus ke damansara, berjumpa teman-teman lama (ah! rindu sangat dengan mereka!) sekali mengambil keropok lekor yang aku tempah dan meraikan hari lahir salah seorang dari rakan aku. entah kenapa aku gementar semacam memandu ke damansara. oh, ya lah, dah lama sangat aku tak memandu ke sana.

setelah semuanya berkumpul, kami bergerak ke rasta di taman tun. hurmmm....ini merupakan kunjungan kali kedua aku di situ. ah, duduk duduk saja, berkerumun pelayan hulur menu. jenis tak menjilid, berterabur begitu saja. 3 dari rakan aku memesan nasi ayam dan juga sotong bakar, manakala aku dan rakan lagi seorang memesan mi dan mihun sup daging.

pesanan 3 rakan aku sampai. aik, mana mi sup kami nih? boleh tahan lama juga tunggu. tak apa, sabar lagi. rakan aku yang bertiga dah hampir habis makan. wah, tak boleh jadi ni. aku dan rakan lagi seorang terus ke gerai sup tadi. "eh, takde, awak tak order pun tadi dengan saya!" si pelayan menegaskan. woah, apakah? "order apa tadi?" dia bertanya pula. "mi dan mihun sup daging!" rakan aku berkata. "sup daging?" si pelayan bertanya kembali. "tak, mi sup daging dengan mihun sup!" aku pula menyatakan order. "oh, mihun sup daging?" si pelayan mengulang order. "bukan, saya punya mihun sup daging, dia (aku) mi sup daging!" rakan aku menegaskan. "oh, baik, baik!"

tunggu punya tunggu tak sampai-sampai juga. aku dan rakan aku tu sudah tertoleh-toleh mengitik angsa ke arah gerai sup itu, sampaikan awek yang sedang makan dengan kekasutnya, mula perasan ingat aku usha dia dengan kekasutnya. aku dengan rakan aku tu mula berpakat, lagi sepuluh minit order tak sampai, kami order saja chicken chop sebagai membalas dendam. dari jauh nampak terkedek-kedek si pelayan menatang dulang berisi makanan tempahan kami. eh, mihun sup, dan sup daging dalam mangkuk kecil? isi semula punya kah? eh, aku punya? aku dah tergelak. marah sebenarnya. "kenapa gelak?" si pelayan bertanya. "saya order tadi mi sup daging. bukan sup daging semata-mata!" "tadikan awak order sup daging!" eleh, nak salahkan aku pula. "dia order mi sup daging, saya order mihun sup daging!" rakan aku membela. "ok, takpe, tenang, saya pergi ambil yang baru," si pelayan menenangkan. selang beberapa minit, order yang baru sampai. aaa...salah juga!!! aku order mi sup, dia bagi mihun sup. ah, aku dah lapar, malas dah nak betulkan order lagi. "RM9!" beritahu si pelayan. lepas menerima duit, dia ke gerai bagi mengambil wang baki. eh, 50 sen? "kata tadi RM9?" "bos cakap semua RM9.50. order tadi ada yang RM4, ada yang RM5.50!" si pelayan menjelaskan. "masalahnya order kami sama, tak ada yang beza-beza. habis tu siapa punya yang RM5.50, siapa punya yang RM4?" rakan aku mula bengang. "sekejap." si pelayan bergegas semula ke gerai. kemudian kembali membawa baki lagi 50 sen. "saya minta maaf. saya baru kerja hari ni," dia memberitahu punca kegagalan dia bertugas dengan cemerlang. kami menerima saja pernyataan maaf dia, malas mau panjang-panjang cerita.

kemudian dia lalu lagi mengutip pinggan-pinggan kotor. "ni, sotong ni mau lagi? kalau tak saya angkat!" si pelayan itu bertanya. "biar dulu, tuan punya ni keluar kejap," rakan aku memberitahu. "tidak, pasal sudu dia sudah terlangkup, biasanya membawa makna, sudah tak mau lagi," si pelayan menjelaskan sambil berlalu dengan pinggan-pinggan kotor ditangan.

kami berpandangan. woah, kerja hotel apa dia ni dulu? hantar order salah-salah, tapi tau pula etika makan. kami......sepatutnya berasa kagum atau apa?

Isnin, Mei 11, 2009

erk! maaf!

malam tadi aku tidur lewat. mandi dalam jam 1.30 pagi. buat "facial" bagai. 2.55 pagi aku terjaga. ah, "masker" dah kering. kopek tanggalkan. kemudian cuci muka, sapu pelembab bagai, minum air dan tidur, dalam jam 3.15 pagi.

pukul 7 pagi, abah kejutkan. cita-cita hari ini mau ke pejabat dengan komuter. ah, lupakan saja.

selesai bersiap dan bersarapan, aku memandu kereta tua abah ke pejabat, sebab kereta itu hari ini tak diguna ke mana-mana. wah, mengantuk sekali. aku memandu perlahan tak perlahan, laju tak laju, tapi cecah 110km/j juga. rasa macam tak laju saja.

sampai di lampu isyarat simpang masuk ke pejabat, lampu merah. aku mengambil kesempatan untuk memejamkan mata sebentar.

"PIINNNN!!!"

damn, pertama kali aku dihon di lampu isyarat. entah bila masa lampu itu bertukar hijau.

Sabtu, Mei 09, 2009

kasih ibu

semalam, hampir jam 7.30 malam, baru aku dapat bas ke komuter. ah, kena berdiri. sudah lah aku diserang migrain secara kecil-kecilan (dah pandai dah sekarang kepala otak aku ni kena migrain, mana dia belajar entah). aku berdiri di tepi tingkap, berdekatan pintu. di kerusi barisan depan, di belakang pemandu ada dua orang wanita, satu kelihatannya sudah berusia, manakala seorang lagi entah berbangsa apa, tapi bukan warganegara, sedang mencempung anak sambil menyusukan si anak tadi.

selesai menyusu, si ibu tadi mengeluarkan anaknya dari kain gendongan. eh, dialihkan pula kesebelah kiri. di barisan kiri, ada lelaki indonesia. si ibu tadi rupanya ingin menyambung sesi susuan yang aku sangka sudah selesai. nah, diselak pakaiannya, terdedahlah apa yang sepatutnya tak didedahkan dikhalayak ramai. lelaki indonesia tadi aku tengok dah tak tentu arah, serba tak kena. sampai di the summit, lelaki itu pun turun. ah, mujur dah sampai di tempat yang dia hendak tuju, kalau lama lagi, mungkin dia akan memberontak.

ya, memang kasih ibu itu tak ternilai, tak berkira tempat. tapi agak-agaklah. perlukah menayangkan payudara mengkal penuh berisi zat itu dikhalayak ramai?

dan malam tadi migrain aku menjadi semakin teruk, sebelum lega sedikit selepas aku bersukan.

Jumaat, Mei 08, 2009

apakah....

tadi bos ajak pergi HP, mau ambil laptop aku yang dikhabarkan dah siap. sesampai saja disana, dah ambil nombor, dah kena panggil, tiba-tiba pelayan itu berkata, "eh, siapa yang telefon semalam? i cek, tengok dia belum tutup kes lagi." ah, apakah ini? "semalam ada orang telefon, dia cakap dah tak boleh buat apa, jadi dia suruh i ambil hari ni," aku menjelaskan. wah, ada orang mau mempermainkan aku kah? sekarang bulan mei, 8hb lagi. bukan 1 april. "tak apa, u tunggu sekejap," si pelayan berkata sebelum bangun dan mengambil laptop aku.

sedih. aku tengok slot kad reader itu dah semakin jahanam, lebih teruk dari hasil tangan pengkau aku. celaka.

"laptop ni dia masih mau betulkan. bahtiar kata dia mau tolong. u pergi jumpa bahtiar dekat testing area, nanti dia jelaskan. i nak cakap apa-apa pun i tak berani," si pelayan mencadang. aku pun pergilah ke testing area. kelihatan seorang lelaki bertubuh gempal sedang melayan pelanggan. aku malas nak tunggu lama. "siapa bahtiar?" "err..saya lah," si lelaki gempal mengenalkan diri. "ha, pasal laptop saya tu, macammana? boleh ke diusahakan?" aku tanpa segan silu bertanya, sebab biasanya aku begitu pemalu. "boleh, tapi kali ni kita nak cuba buka motherboard dan keluarkan kad tu," bahtiar memberitahu ideanya yang sepatutnya dari semalam lagi dia dah fikir. "itulah, saya tak kisah sebenarnya, tapi saya nak keluarkan sebab takut nanti menjejaskan sistem di masa depan," aku meluahkan kerisauan. "ya, betul, takut nanti dia makan dalam," bahtiar menyokong. "habis, kalau buka motherboard, macammana kira?" aku cuba berkira-kira, saja mau test warranty. "yang itu, warranty ada lagi kan, jadi kita cuba claim la nanti," bahtiar menjelaskan. ahah! itu yang paling nak dengar tu.

tapi, mengapa perlu menambah kecederaan pada laptop aku? dengan berhabuk bagai..........

ELOKKAN BALIKKKKK!!!!!!!

subjek baru untuk HP

petang semalam, aku mendapat panggilan dari pusat servis HP.

encik HP: selamat petang. ni cik zaihan ya?
aku: ya, saya.
encik HP: cik, saya dah periksa laptop cik ni. tapi nampaknya tak boleh buat apa-apa. kami dah cuba keluarkan mmc card tu, tapi sebab dia dah lock (encik HP cerita gambaran keadaan dalam slot kad reader yang dia ingat aku tak tau, mentang-mentanglah aku sengal sampai boleh sangkutkan mmc card dalam tu) bla bla bla....
aku: ya, saya tau tu. tapi sebenarnya kad tu termasuk secara tak sengaja, kemalangan kata orang. saya nak keluarkan, tapi tangan ni pengkau, lalu tertolak masuk lagi dalam dan terus tersangkut. (encik HP ketawa, entah ambil hati atau memang dia tak pernah jumpa kes sengal macam ni). habis tu, memang tak ada cara lainlah ni? kena biarkan saja? tak memudaratkankah nanti?
encik HP: tidak, ia takkan memudaratkan. cuma kalau nak keluarkan juga, takut nanti "shot" dan merosakkan motherboard. habis punah semua nanti. dah tiga orang cuba keluarkan (4 termasuk aku, eh 5 termasuk bapak aku). jadi, tak apa kalau dibiarkan pun. lagipun saya dah "on"kan tadi, semua berfungsi seperti biasa, usb port pon ok. cuma saya dah install balik driver untuk internet sebab butang signal tu asyik berkelip-kelip (ah, itu bukan hal besar, tapi tak apalah kalau kau dah betulkan, terima kasih!). jadi, cik boleh lah ambil laptop tu esok (hari ni) atau bila-bila.
aku: hurmm....baiklah kalau macam tu. terima kasih.

oh oh ramah pula encik HP ni. sebenarnya aku memang dah jangka kad tu memang tak boleh keluarkan, walaupun ada yang mengatakan kena buka semua bahagian laptop tu. pin-pin dalam tu pun dah tercabut (hasil tangan pengkau aku). cuma aku nak keluarkan, sebab, cubalah kau orang bayangkan, ada benda tersangkut dalam lubang hidung atau telinga, guli misalnya, tapi sebab tak boleh keluarkan, terpaksa biar saja dalam tu. ah, kan nanti menyebabkan ketidakselesaan pada laptop aku nanti?

jadi, HP a.k.a Hewlett Packard, sila masukkan kes saya ni dalam R & D supaya lain kali boleh bikin slot kad reader yang muat semua saiz kad memori. ya, saya memang sengal lagi bertangan pengkau, tapi ini merupakan satu idea supaya anda dapat menyelesaikan masalah-masalah sengal seperti ini supaya tak berlaku lagi, seperti menghadiahkan usb external card reader untuk setiap pembelian laptop. ahah!! baiklah..baiklah, saya memang sengal.

Khamis, Mei 07, 2009

teknologi termaju abad itu

hari itu sedang tekun-tekun bekerja, rakan aku meng"ym" aku. dia hantar video ini. aku terkedu. kemudian aku tergelak. kelakar dalam kekaguman.




"aku tekan butang ini. komputer muzik". apekah?

dia perlu dibedah

"jack, jom!" bos aku mengajak. hari ini aku perlu ke sebuah pusat rawatan di damansara. kes kronik. sepanjang perjalanan aku tak berapa bercakap. aku asyik memikirkan apa akan berlaku di pusat rawatan itu nanti. sambil aku memerhatikan pemandangan di luar. dah lama rasanya aku tak melihat alam di daerah lain. sampai saja di pusat rawatan itu, kami naik ke tempat pendaftaran. selepas mengambil nombor giliran, aku pun duduk menunggu sambil membaca risalah-risalah yang dipamerkan di situ.

nombor aku dipanggil. aku pun melangkah bertemu dengan pakar bertugas. "boleh tunjukkan kat mana yang masalah? kalau tak, saya pun tak tahu apa nak bantu," si pakar memulakan kata-kata. aku seperti tidak fokus, dan tersentak. "oh, ini dia," sambil menunjukkan bahagian yang bermasalah. dan si pakar mencatitkan apa-apa maklumat berkaitan masalah tersebut. "hurm, ini perlu dibuka semua sekali ni. tak apa, nanti bila dah selesai, kami akan telefon. sila bagi masa dalam 3 hari bekerja dan bawa borang laporan ini sekali ya?" si pakar memberitahu. "oh, baiklah. terima kasih!" aku membalas sambil tersenyum.

oh oh, kasihan. baru seminggu sudah terpaksa dibedah. ah, kalau tak kerana kelalaian aku, perkara ini takkan terjadi. semoga kau tabah. kau produk hebat, kau mampu hadapinya!


Rabu, Mei 06, 2009

huntington's

bos: jack! amacam laptop baru?
aku: oh, baru saja dilanda musibah malam tadi!
bos: hah, apa terjadi?
aku: mmc card tersangkut dalam card reader. tak boleh keluar. dah cungkil-cungkil pun tak mau.
bos: macammana boleh jadi macam tu?
aku: malam tadi cuba masukkan dalam slot, tapi tak detect. keluarkan. lepas tu masukkan lagi sekali. sekali nak keluarkan, tangan ni yang dah macam parkinson tertolak kad tu masuk lagi dalam. boleh detect, tapi lepas tu tak boleh keluar dah.
bos: tangan tu parkinson ke huntington? huntington dia attack your brain jugak tau!
aku: agaknyalah bos huntington..

ah! ini semua pasal pengaruh cerita "house" lah ni! mesti ada saja episod-episod dalam drama tu kalau aku berborak dengan bos. kes mmc card sangkut pun boleh jadi bahan.

Isnin, Mei 04, 2009

sengal

hari jumaat lepas, iaitu pada hari pekerja, aku telah selamat mendapat laptop yang aku idam-idamkan. ahah! ingat mau merasmikan malam itu juga, tapi aku tertidur pulak. hurmm, tabahkan? dah dapat barang baru pon boleh tunggu sampai esok untuk rasmikan, hanya kerana mengantuk semata-mata.

dan esoknya (sabtu 2 mei), aku cuba bereksperimen dengan kabel internet abah. wah wah, bergaya pulak rasanya. lepas dah sambung, cuba menghubungi jaringan internet, eh, tak dapat pulak. beberapa kali cuba, adjust itu adjust ini. masih gagal mendapat talian. oh, mungkin kena install dulu perisian sambungan internet dahulu. tapi tak mungkin kot. hurmm..kenapa ya?

"oh, patutlah abah! suis modem tak on!" aku yang tersedar puncanya berkata. lantas abah cepat-cepat "on"kan suis. baru lah dapat!

"bodoh.." mak aku mencelah sambil tergelak. gara-gara keterujaan kami mencuba talian internet pada laptop, sampai tak sedar suis tak on. maklumlah, selalu internet tu guna di komputer abah, tiba-tiba di laptop aku, dengan aku-aku sekali jadi sengal.

tv junkie: masquerade

salam sejahtera. kali ini aku mau mempromo satu rancangan tv yang baru aku dapat tau kewujudannya dalam 3 minggu lepas. rancangan berasal dari jepun, bermotifkan "human art", di mana peserta perlu membuat "karya-karya" seni berupa animasi mengikut subjek-subjek yang ingin diketengahkan, seperti moment-moment yang disaksikan, contohnya, anak penyu yang kembali ke laut, pemandangan langit melalui teropong, semua digerakkan secara kerjasama kumpulan yang terdiri dalam beberapa orang, mengikut keperluan sesuatu persembahan itu. kalau banyak props, banyaklah orang yang diperlukan. subjek utama biasanya berwarna terang, manakala objek-objek yang perlu digerakkan, akan digerakkan oleh ahli-ahli yang berpakaian hitam, atau sewarna dengan latar belakang, supaya menampakkan pergerakan itu. dan hasil persembahan akan dinilai pada meter markah yang dipasang pada dinding pentas, markah penuh adalah 20, markah cukup makan adalah 15. di bawah ini aku berikan contoh. tapi serius, pertama kali aku tonton rancangan ini, aku sangat tertarik, dek kreativiti peserta menganimasikan pergerakan-pergerakan. sekarang rancangan ini menjadi rancangan-wajib-tonton oleh aku dan anak-anak di rumah. oh ya, sebelum terlupa, rancangan ini disiarkan setiap hari Ahad jam 5 petang di TV3. saksikan!